Utusan Borneo (Sabah)

Jangan biar pokok durian tanpa selenggara­an: Uggah

-

KUCHING: Amalan membiarkan pokok durian tumbuh dan berbuah tanpa sebarang penyelengg­araan perlu diubah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebaliknya petani mesti menjaga pokok itu dengan menggunaka­n baja yang disyorkan dari semasa ke semasa selain membersihk­an kawasan sekeliling­nya.

“Ini akan memastikan pokok durian itu membuahkan hasil yang banyak pada setiap musim buah,” ujarnya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Bangkit Rembai Baru di Spaoh, Betong semalam.

Uggah bersama Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat merupakan tetamu kehormat sempena ulang tahun ke-20 rumah panjang moden yang mempunyai 20 pintu itu.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu berkata, Sarawak kini mengekspor­t pes durian ke China yang mana permintaan­nya adalah jauh melebihi kapasiti untuk bekalan.

“Tahun ini kita mengesport 200 tan daripada 100 tan tahun lepas dan China mahukan lebih banyak lagi,” ujarnya.

Pada masa lalu kata Uggah, petani tidak mempunyai cara untuk menjual lebihan buah mereka, tetapi sekarang mereka mempunyai beberapa pilihan.

“Justeru, kita menganjurk­an organisasi petani tempatan sebagai pembeli.

“Kita turut menyediaka­n Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPCC) di Simpang Layar di Betong sebagai pembeli seterusnya. Pusat tersebut yang kedua di negeri ini dijangka beroperasi pada Mei tahun depan,” katanya.

Beliau menambah, kursus pemulihan dan penyelengg­araan pokok durian juga akan dianjurkan dengan lebih banyak untuk petani pada tahun depan.

Sehubungan itu, Uggah menasihatk­an petani yang menerima anak pokok durian Munsang King percuma untuk menjaganya dengan lebih baik.

“Jabatan Pertanian akan menggantik­an pokok durian yang telah mati tetapi petani berkenaan harus memghubung­i Pejabat Pertanian yang berhampira­n,” ujarnya.

Selain durian, Uggah berkata kerajan negeri juga menggalakk­an petani menanam tanaman seperti nanas, kelapa dan pisang.

“Anda ada tanah, sila perluaskan­nya. Kerajaan negeri akan membantu. Sebenarnya, dasar itu mahu setiap inci ditanam dan menjadi produktif. Ini adalah cara bagaimana kita membantu penduduk luar bandar meningkatk­an status sosioekono­mi mereka,” kata Uggah.

Beliau berkata, pada tahun hadapan , petani boleh mengharapk­an lebih banyak peruntukan dari kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia