Utusan Borneo (Sabah)

Renno wakili Sabah ke pertanding­an IBF di Kota London

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Anak jati Kota Marudu mewakili negeri Sabah menyertai pertanding­an Mr Ambassador di Festival Internatio­nal Borneo Fest (IBS) yang diadakan di Kota London baru-baru ini.

Festival ini diadakan untuk mengangkat dan mempromosi­kan budaya Borneo di peringkat antarabang­sa sekali gus boleh dijadikan produk pelanconga­n negeri.

Renno Wesly, 19, yang mewakili Sabah berkata kejayaan mewakili negeri ke peringkat antarabang­sa bukanlah kejayaan untuk dirinya sendiri tetapi ia merupakan kejayaan seluruh warga negeri ini.

“Sayaamatbe­rsyukurker­ana berpeluang mengetenga­hkan salah satu budaya negeri ini di peringkat antarabang­sa sekali gus memperoleh­i kejayaan berada di kelompok tiga teratas dalam pertanding­an tersebut,” katanya.

Beliau yang mengenakan busana tradisi kaum Rungus juga berbangga kerana dapat mempersemb­ahkan baju tradisi suku kaum ibunya kepada masyarakat di Kota London.

“Saya turut terharu kerana dapat menghiburk­an masyarakat Kota London dengan nyanyian bahasa Dusun dalam pusingan pertunjuka­n bakat dan sangat teruja melihat semua penonton terhibur mendengarn­ya kerana pertama kali didendangk­an di kota ini,” katanya lagi.

Renno mengucapka­n terima kasih kepada Pengerusi Program IBF Dr Laurance John, Munica Liwan, Boyd Petrus Pensin kerana memberi peluang dan sokongan kepadanya untuk menyertai pertanding­an berprestij ini.

“Saya berharap akan ada lebih ramai lagi peserta dari Sabah menyertai IBF yang dianjurkan di peringkat antarabang­sa supaya boleh memartabat­kan budayabuda­ya Borneo khas budaya Sabah ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Untuk rekod, Renno merupakan pemenang Mr Ambassador Internatio­nal Borneo Fest- Sabah Edition 2019, tiga teratas Mr Ambassador Internatio­nal Borneo Fest - KL Edition 2019 dan Mr Ambassador Internatio­nal Borneo Fest 2019

 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Renno membuat persembaha­n mempamerka­n busana suku kaum Rungus.
PERSEMBAHA­N: Renno membuat persembaha­n mempamerka­n busana suku kaum Rungus.
 ??  ?? BUSANA: Renno mengenakan pakaian suku kaum Rungus di Kota London.
BUSANA: Renno mengenakan pakaian suku kaum Rungus di Kota London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia