Utusan Borneo (Sabah)

28 ahli jawatankua­sa KRT Kg. Kuranji terima sijil pelantikan

-

KOTA MARUDU: Seramai 28 ahli jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuranji, Kota Marudu, menerima surat pelantikan pada majlis perasmian KRT Kampung Kuranji di sini semalam.

Mendahului senarai penerima sijil pelantikan ialah Rahmat Tosong selaku Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Malik Mohammad, Setiausaha, Rojilin Zulkifle, Timbalan Setiausaha, Asna Nakni dan Bendahari, Adlinah Morris.

Seramai 23 AJK dan dua orang juruaudit turut menerima sijil pelantikan.

Majlis penyampaia­n sijil pelantikan disempurna­kan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (Perpaduan), Junainah

Jupri.

Penganjura­n program ini bertujuan memaklumka­n kepada masyarakat Kampung Kuranji tentang kewujudan KRT Kampung Kuranji.

Seterusnya, melahirkan perasaan bersyukur dalam kalangan masyarakat setempat kerana tertubuhny­a KRT Kampung Kuranji yang diharap dapat mengeratka­n tali silaturahi­m dan muhibah sesama penduduk Kampung Kuranji.

Akhir sekali, penubuhan KRT ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk kampung.

Menurut Junainah, Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembanguna­n masyarakat setempat di Malaysia.

Konsep ini hampir sama seperti Neighbourd Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.

Rukun Tetangga telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamata­n penduduk setempat.

Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U.(A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut, kata Junainah.

Pada tahun 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia.

Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembanguna­n masyarakat setempat.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurk­an kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangk­an kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan, tambah beliau.

Selain itu, pada ketika ini KRT digalakkan menganjurk­an seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarak­atan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatk­an perpaduan dan integrasi kaum.

Antara yang hadir, wakil PPM Patrik Sadian. Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin kampung, antaranya, KK Tosong Jamudar dan MPKK Kampung Kuranji, Daniel Kudik.

 ??  ?? KENANGAN: Jawatankua­sa KRT Kampung Kuranji, Kota Marudu merakamkan gambar kenangan semasa majlis penyerahan sijil pelantikan AJK KRT Kg Kuranji.
KENANGAN: Jawatankua­sa KRT Kampung Kuranji, Kota Marudu merakamkan gambar kenangan semasa majlis penyerahan sijil pelantikan AJK KRT Kg Kuranji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia