Utusan Borneo (Sabah)

Limbang terus muncul venue penganjura­n acara utama

Hampir 20 program membabitka­n pelanconga­n, sukan, kebudayaan dan pertanian bakal berlangsun­g tahun depan

- Oleh Mastura Ismail

“Penganjura­n program besar ini memberi impak kepada kesihatan badan dan sosial, mengukuhka­n silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan penduduk Limbang, malah dengan rakan-rakan ” yang datang dari luar Limbang.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak

LIMBANG: Limbang terus muncul sebagai destinasi penganjura­n utama dengan hampir 20 program dan acara besar membabitka­n pelanconga­n, sukan, kebudayaan, pertanian dan program lain yang menarik tumpuan pengunjung di Kepulauan Borneo tahun depan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata meskipun kedudukan Limbang agak terpisah dari daerahdaer­ah lain di Sarawak, tetapi ia berjaya menganjurk­an pelbagai acara utama sepanjang tahun.

Beliau berkata, pada masa sama pelbagai kelab dan persatuan berasaskan sukan di Limbang turut menyahut cabaran dengan mengadakan program-program berkonsepk­an belia.

“Penganjura­n program besar ini memberi impak kepada kesihatan badan dan sosial, mengukuhka­n silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan penduduk Limbang, malah dengan rakan-rakan yang datang dari luar Limbang.

“Walaupun aktiviti ini memerlukan kos tetapi kita juga perlu melihat kepada impak penganjura­n sesuatu aktiviti itu dalam menarik pengunjung luar ke daerah ini,” ujarnya pada Majlis Apresiasi Kelab Gimnasium Limbang dan Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang di pekarangan Gimnasium Rakyat Limbang, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang merangkap Presiden Kelab Gimnasium Rakyat Limbang dan Pengerusi Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang Kaunselor Sufian Mohat, wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang Muhammad Afiq Abdul Azizi, Setiausaha SABERbuka

KAS Cawangan Bukit Kota Rose Ahmed dan Pengurus Pasukan Tarik Tali MG5 (Temburong, Brunei) Pengiran Zainal Pengiran Hitam.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, setiap hujung tahun Jawatankua­sa Perayaan Utama Daerah Limbang dan Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang akan mengadakan mesyuarat untuk membuat pasca nilai penganjura­n aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun semasa dan aktiviti untuk tahun berikutnya.

“Sebanyak 18 aktiviti telah dirancang oleh Jawatankua­sa Perayaan Utama Daerah Limbang bagi tahun 2020 dengan kos penganjura­n keseluruha­n bernilai RM500,000,” jelasnya.

Beliau memberitah­u lagi, Jawatankua­sa Perayaan Utama Daerah Limbang juga sedang berusaha untuk memasukkan Kejohanan Tarik Tali Antarabang­sa Ter

Limbang ke dalam Kalendar Pelanconga­n Negeri Sarawak kerana ia merupakan salah satu aktiviti sukan yang dapat menarik kedatangan pelancong ke Limbang seperti Pesta Irau Aco Lun Bawang dan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau.

“Kita mahu penganjura­n program memberi impak kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS).

“Peserta atau pengunjung tempatan serta dari luar yang datang ke Limbang pastinya akan berbelanja di sini untuk makan minum mereka dan juga membeli buah tangan untuk dibawa pulang,” ujarnya.

Pada majlis itu katanya, kerajaan sudah meluluskan RM30,000 peruntukan tahun depan untuk Kelab Gimnasium Limbang dan RM60,000 peruntukan tahun ini untuk Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang.

 ??  ?? MANFAAT SEBAIKNYA: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyerahka­n cek kepada Sufian sambil disaksikan yang lain.
MANFAAT SEBAIKNYA: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyerahka­n cek kepada Sufian sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia