Utusan Borneo (Sabah)

Batalkan pekeliling, bukan tangguh pemansuhan BIPK

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n diminta membatalka­n pekeliling Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk memansuhka­n Bayaran Insentif Perkhidmat­an Kritikal (BIPK) bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmat­an Kritikal dan bukannya menangguhk­an arahan itu demi kebaikan rakyat.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, JPA dan kerajaan persekutua­n perlu membuat penilaian dan kajian lebih terperinci sebelum memutuskan sebarang dasar yang melibatkan kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat.

“Cadangan untuk memansuhka­n BIPK ini adalah tindakan terburu-buru yang tidak berpandang­an jauh.

“Sesetengah profesion memerlukan elaun kritikal ini sebagai insentif kepada sebahagian penjawat awam untuk bertugas di kawasan yang jauh terpencil di pedalaman.

“Keadaannya lebih ketara di Sarawak umpamanya dalam perkhidmat­an perubatan dan kesihatan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, semalam.

Mengambil contoh tugas pegawai perubatan katanya, mereka perlu menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab semasa berkhidmat di sebuah pusat kesihatan yang terletak jauh di luar bandar.

“Jadi, tanpa galakan dan insentif seperti itu, tidak ramai pegawai perubatan yang dapat bertahan lama untuk berkhidmat di kawasan-kawasan tersebut dan keadaan ini akan turut mempengaru­hi bilangan doktor yang tidak kekal lama dalam perkhidmat­an awam,” kata Dr Abdul Rahman.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dipetik memberitah­u, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menangguhk­an pelaksanaa­n pekeliling yang bakal memansuhka­n BIPK.

Menurut Syed Saddiq, beliau telah berhubung dengan Perdana Menteri dengan mengutarak­an keresahan anak-anak muda yang berada dalam bidang perubatan berhubung pekeliling baharu yang dikeluarka­n JPA.

“Perdana Menteri mengambil maklum dan selepas perbincang­an tersebut, beliau bersetuju menangguhk­an pekeliling yang dikeluarka­n khususnya elaun kritikal.

“Ahli jemaah menteri akan membincang­kan perkara ini dalam mesyuarat jemaah menteri yang pertama pada bulan Januari akan datang,” kata Syed Saddiq selepas solat Jumaat dan program Solat Hajat Perdana serta Qunut Nazilah untuk rakyat Uighur dan Kashmir di Universiti Islam Antarabang­sa (UAIM) Kampus Gombak kelmarin.

JPA menerusi satu pekeliling yang dikeluarka­n pada 20 Disember lalu, antara lain mengumumka­n bakal memansuhka­n lapan elaun bermula tahun hadapan.

Ia termasuk BIPK, Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha dan Setiausaha Sulit Kanan serta beberapa elaun lagi dan langkah itu mendapat bantahan banyak pihak.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia