Utusan Borneo (Sabah)

Budaya saling mengunjung­i meriahkan musim Krismas

-

SELANGAU: Sambutan Hari Krismas di Sekuau dimeriahka­n dengan budaya kunjung-mengunjung­i dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat telah mengadakan kunjungan Hari Krismas ke beberapa rumah panjang di Sekuau.

Siaw dan Saga memulakan kunjungan ke kediaman Penghulu Andrewson Ngalai Asom di Rumah Ricky Andrewson.

Diikuti kunjungan ke kediaman Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing di Rumah Tadong.

Siaw dan Saga bersama rombongan mengakhiri kunjungan ke Rumah Dingun dan Rumah Henry Empong.

Henry Kanyan berkata, budaya kunjung-mengunjung­i antara satu sama lain pada musim perayaan mampu memperkuku­hkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Katanya, perayaan Hari Krismas disambut oleh semua penganut agama Kristian di seluruh dunia di mana dalam konteks di Sarawak, ia turut diraikan bersama masyarakat lain.

“Ini keunikan perayaan di Sarawak tidak kira agama atau bangsa, amalan kunjung-mengunjung­i tetap diteruskan dan disemai di jiwa rakyat,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, budaya itu perlu diteruskan kerana melaluinya semangat perpaduan kaum kalangan anggota masyarakat dapat disemai selain memahami dan menghormat­i agama dan adat kaum lain.

“Ini adalah satu simbol perpaduan kukuh yang telah lama diamalkan di Sarawak, kita amat berbangga rakyat Sarawak memahami budaya dan agama masing-masing,” jelasnya.

 ??  ?? KENANGAN BERSAMA: Siaw (berdiri, tujuh kiri), Saga (berdiri, tiga kiri), Ngalai (berdiri, enam kiri) dan rombongan mengadakan kunjungan ke Rumah Dingun.
KENANGAN BERSAMA: Siaw (berdiri, tujuh kiri), Saga (berdiri, tiga kiri), Ngalai (berdiri, enam kiri) dan rombongan mengadakan kunjungan ke Rumah Dingun.
 ??  ?? SELAMAT HARI KRISMAS: Saga (empat kiri) bersama rombongan mengadakan kunjungan ke kediaman Henry Kanyan (tiga kiri).
SELAMAT HARI KRISMAS: Saga (empat kiri) bersama rombongan mengadakan kunjungan ke kediaman Henry Kanyan (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia