Utusan Borneo (Sabah)

Mural Amelia Mary Earhart terbesar di Malaysia di Taiping

-

LUKISAN mural ‘Amelia Mary Earhart’ di Taiping dinobatkan sebagai lukisan mural tiga dimensi terbesar di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records (MBOR).

Lukisan mural itu menceritak­an kisah penerbanga­n solo wanita pertama merentasi Lautan Atlantik, Amelia Mary Earhart yang singgah mengisi bahan api di Lapangan Terbang Tekah, di Taiping pada 20 Jun 1937.

Yang Dipertua MPT Borhan Abdul Halim berkata mural berukuran 14.60 meter tinggi dan 27.44 meter lebar itu dilukis oleh enam pelukis dan siap pada 31 Ogos lepas dengan peruntukan

RM280,000 yang disumbangk­an pihak swasta.

“Lukisan mural merupakan k o m ponen warisan yang tidak ketara dan ia menggambar­kan kegemilang­an bandar

Taiping pada masa silam di samping menyampaik­an penceritaa­n lama yang tersirat.

“Hari ini (kelmarin) kita mengabadik­an peristiwa ini dengan mempamerka­n wajah beliau di dinding bandar

Taiping kerana beliau pernah singgah di sini,” katanya dalam sidang media selepas majlis pengiktira­fan ‘The Biggest OutDoor 3D Mural Painting’ di Jalan Abdul Jalil di Taiping, kelmarin.

Pada majlis itu, MPT diwakili Borhan menerima sijil tersebut daripada Pengurus Operasi, Penyelidik­an dan Pemasaran MBOR Edwin Yeoh Tiong Chin.

Selain itu, Borhan berkata sebanyak 12 lukisan mural sebesar lukisan Amelia Mary Earhart bakal dilukis di bandar Taiping bagi mengabadik­an sejarah yang berlaku di Taiping sejak penubuhann­ya pada 1874. Katanya satu daripada mural yang akan dihasilkan adalah sepanjang 670 meter di dinding Penjara Taiping pada tahun depan selain beberapa atletyangp­ernahmengh­arumkan nama negeri dan negara seperti Junaidah Aman (olahraga) dan M. Karathu (bola sepak).

“Dalam tempoh tiga bulan pertama sekurang-kurangnya enam mural yang pertama akan dilukis dan diteruskan dengan bakinya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Wakil Malaysia Book of Record Book of Records (MBOR) Edwin Yeoh Tiong Chin (kiri) dan Pengarah Positive Sign Advertisin­g Malaysia Sdn Bhd, Datuk Chen Teck Ming (dua kiri) bergambar dengan Borhan (tiga kiri) dengan berlatarbe­lakangkan mural terbesar Malaysia pada Majlis Pengiktira­fan ‘The Biggest Outdoor 3D Mural Painting’, dekat Taiping, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Wakil Malaysia Book of Record Book of Records (MBOR) Edwin Yeoh Tiong Chin (kiri) dan Pengarah Positive Sign Advertisin­g Malaysia Sdn Bhd, Datuk Chen Teck Ming (dua kiri) bergambar dengan Borhan (tiga kiri) dengan berlatarbe­lakangkan mural terbesar Malaysia pada Majlis Pengiktira­fan ‘The Biggest Outdoor 3D Mural Painting’, dekat Taiping, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBESAR: Mural 3D terbesar di Malaysia berlatar belakangka­n seorang juruterban­g wanita Amelia Mary Earhart yang membuat penerbanga­n solo dan singgah mengisi minyak di Lapangan Terbang Tekah di Taiping menghiasi dinding sebuah bangunan kedai di Jalan Abdul Jalil di sini dan mendapat pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBOR).
— Gambar Bernama TERBESAR: Mural 3D terbesar di Malaysia berlatar belakangka­n seorang juruterban­g wanita Amelia Mary Earhart yang membuat penerbanga­n solo dan singgah mengisi minyak di Lapangan Terbang Tekah di Taiping menghiasi dinding sebuah bangunan kedai di Jalan Abdul Jalil di sini dan mendapat pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBOR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia