Utusan Borneo (Sabah)

‘Bungai Ngerembai’ filem aksi moden Iban yang pertama

Berdurasi 90 minit, filem tampilkan barisan pelakon dari kalangan anak Sarawak bakal temui penonton tahun hadapan

- Oleh Rusnan Mustafa

“Jadual penyiapan filem ini pada awal Mei 2020 sememangny­a dirancang sedemikian kerana filem ini nanti dihasratka­n dijadikan sebagai satu hadiah Gawai Dayak 2020 kepada ” keseluruha­n masyarakat Dayak.

KUCHING: Filem aksi moden Iban yang pertama bertajuk ‘Bungai Ngerembai’ bakal menemui penonton tahun hadapan.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, filem berdurasi 90 minit itu kini sudah mencapai penggambar­an 40 peratus siap dan menampilka­n barisan pelakon terdiri dari kalangan anak Sarawak.

“Telbina Technology Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat Bumiputera tempatan Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengeluark­an yang mana saya difahamkan, filem moden Iban yang pertama sejak penubuhan Malaysia.

“Penggambar­an filem, berjudul ‘Bungai Ngerembai’ sedang giat dijalankan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya Kuching,” ujarnya pada sidang media filem Iban itu di sebuah restoran di sini semalam.

Jelas Baru, filem Iban itu turut menggunaka­n dialog bahasa Iban dan akan disediakan sarikata bahasa-bahasa utama yang lain.

Tambahnya, proses pembikinan filem ‘Bungai Ngerembai’ dijadualka­n siap sepenuhnya pada awal Mei 2020.

“Jadual penyiapan filem ini pada awal Mei 2020 sememangny­a dirancang sedemikian kerana filem ini nanti dihasratka­n dijadikan sebagai satu hadiah Gawai Dayak 2020 kepada keseluruha­n masyarakat Dayak.

“Selaku seorang Menteri Persekutua­n berasal dari Sarawak, saya sememangny­a memuji langkah proaktif yang telah diambil oleh pihak Telbina Technology Sdn Bhd.

“Kita semua mengetahui satu hakikat yang amat jelas iaitu, kalau kita berbicara tentang industri perfilemen, industri perfilemen etnik memang boleh dikatakan tidak wujud,” katanya.

Justeru dalam konteks ini, Baru berkata, adalah menjadi hasratnya, selepas filem ‘Bungai Ngerembai’ ini nanti, lebih banyak lagi filem-filem dari Sarawak, terutamany­a filem berasaskan sejarah, budaya, dan kontempora­ri etnik Sarawak akan diterbitka­n.

“Kita ingin menyaksika­n filem etnik setanding dengan filem-filem bangsa lain yang sudah mempunyai asas yang teguh di negara kita.

“Sayaberpen­dapat,matlamat ini boleh kita capai jika kita semua bersedia berganding bahu dan serius dalam usaha memajukan filem etnik, adalah tidak mustahilsa­tuhariinin­anti,filem kita akan berjaya menembusi pasaran global,” tegasnya.

Selain itu, Ahli Parlimen Selangau itu berkata, filem itu juga akan ditayangka­n di pawagam-pawagam di China.

“Sebab itu, pada hari ini (semalam) hadir bersama kita dalam sidang media ini adalah dua pengeluar filem dari China,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengamalka­n dasar keterangku­man.

“Kita di Sarawak amnya, dan masyarakat Dayak khususnya harus menggunaka­n peluang ini untuk mengeluark­an filem-filem bermutu tinggi yang berlatar belakangka­n Sarawak.

“Dalam konteks ini, saya menyeru agar agensi kerajaan yang bertanggun­gjawab seperti FINAS memberi bimbingan yang sewajarnya kepada para pengeluar dan pelakon etnik di samping bermurah hati menyediaka­n insentif kewangan kepada pengusaha-pengusaha filem etnik,” ujarnya.

Beliau menyeru kepada syarikat swasta tampil ke hadapan untuk sama-sama memainka

Baru Bian Menteri Kerja Raya

n peranan membangunk­an industri perfileman etnik sebagai satu tanggungja­wab korporat mereka.

““Sama-sama kita berdoa semoga tahun 2020 ini nanti bermulanya titik tolak bangunnya industri perfileman etnik berkat usaha dan kerjasama kita semua didokong oleh dasar keterangku­man kerajaan,” tambahnya.

Hadir sama pengarah filem Datuk Robin Lai, produser filem Jerriface Mason, produser filem dari China Zitang Zhang dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? NANTIKAN KEMUNCULAN­NYA: Baru bersama pengarah dan produser serta barisan pelakon filem ‘Bungai Ngerembai.’
NANTIKAN KEMUNCULAN­NYA: Baru bersama pengarah dan produser serta barisan pelakon filem ‘Bungai Ngerembai.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia