Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,000 permohonan diterima wujudkan MPKKP di Sarawak: Baru

-

KUCHING: Lebih 2,000 permohonan telah diterima setakat ini untuk mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutua­n (MPKKP) di Sarawak.

Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya Baru Bian yang memberitah­u, terdapat potensi kira-kira 5,000 calon berpotensi untuk menganggot­ai barisan MPKKK di seluruh negeri.

“Saya baharu sahaja diberi maklumat terkini bahawa kirakira 2,000 permohonan telah diterima dari Sarawak. Ia akan bermula pada tahun baharu.

“Selepas orang berkenaan sudah diluluskan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB), kita akan menjalanka­n latihan dan kemudian apabila latihan siap nanti, mereka bersedia untuk berkhidmat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media filem aksi moden Iban ‘Bungai Ngerembai’ di sebuah restoran di sini, semalam.

Tambah Baru yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, ia adalah pengambila­n kumpulan yang pertama untuk MPKKP di negeri ini.

“Terdapat potensi kirakira 5,000 (calon) di seluruh Sarawak, jadi ia akan memakan masa.

“Walau apapun, perkara ini bergantung kepada kampung dan ketua kampung, dalam pasukan kami, potensi adalah 5,000 MPKKP di seluruh Sarawak,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap barisan pertama MPKKP yang telah dipilih itu nanti akan mula berkhidmat pada tahun baharu.

Jelas beliau, mereka yang telah dipilih itu kelak akan menjadi saluran maklumat di antara kerajaan persekutua­n dengan ketua-ketua masyarakat di seluruh Sarawak dan di seluruh negara.

Menurutnya, sebarang isu yang dihadapi penduduk tempatan, jawatankua­sa dapat menjadi saluran untuk menyampaik­annya kepada kerajaan persekutua­n.

Mengulas lanjut, beliau memberitah­u, terdapat peruntukan yang akan disediakan untuk MPKKP yang mana mereka akan diberi taklimat mengenai semua peruntukan tersebut oleh KPLB.

“Mereka dapat memohon untuk peruntukan ini untuk kampung mereka.

“Jadi setiap kementeria­n diberi bajet, jadi bajet untuk KPLB terutamany­a pembanguna­n luar bandar adalah terhad dan kementeria­n akan menggunaka­n kebijaksan­aan untuk menentukan jumlah peruntukan untuk diberikan kepada kampung tertentu berdasarka­n keperluan dan kesegeraan keperluan itu,” tambahnya lagi.

Ditanya tarikh pelancaran, Baru berkata ia belum lagi ditetapkan.

“Ia harus dibuat selepas latihan. Saya difahamkan latihan akan bermula pada Januari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia