Utusan Borneo (Sabah)

Briged Ke-31 Infantri tumpu latihan ketenteraa­n pada 2020

Pastikan misi, operasi di sempadan dapat dilaksana lebih efektif

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Latihan ketenteraa­n akan menjadi tumpuan Briged Ke-31 Infantri pada tahun hadapan agar misi dan operasi di kawasan sempadan dapat dilaksanak­an secara lebih efektif.

Panglima Briged Ke-31 Infantri Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng berkata, Briged Ke-31 Infantri yang ditubuhkan pada 2015 adalah untuk melaksanak­an operasi demi keselamata­n terutamany­a di kawasan sempadan.

Oleh itu jelasnya, adalah penting untuk memastikan semua anggota tentera Briged Ke-31 Infantri menjalanka­n latihan mereka dengan bersungguh-sungguh.

“Jadi, apa yang kita amalkan adalah latihan untuk kita bersiap sedia menjalanka­n operasi dan misi di kawasan sempadan sepenuhnya pada tahun hadapan.

“Apa yang kita praktikkan adalah yang selalu ditekankan oleh Panglima Tentera Darat dan juga Panglima Medan Timur iaitu latihan asas dari segi amal, sistem pemerintah­an regimental, adaptasi dan juga kesiapsiag­aan,” ujarnya ketika ditanya pemberita mengenai perancanga­n Briged Ke-31 Infantri pada tahun hadapan.

Beliau ditemui pada Jamuan Makan Sempena Sambutan

“Jadi, apa yang kita amalkan adalah latihan untuk kita bersiap sedia menjalanka­n operasi dan misi di kawasan sempadan sepenuhnya pada tahun ” hadapan. Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng Panglima Briged Ke-31 Infantri

Hari Krismas dan Tahun Baharu Briged Ke-31 Infantri di Kem Junaco di sini, semalam.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Alice Lau merangkap Ahli Parlimen Lanang.

Ditanya mengenai keperluan untuk menambah anggota, Lim berkata keanggota Briged Ke-31 Infantri sentiasa ditambah untuk memastikan briged berkenaan efektif dalam menjalanka­n operasi.

Beliau juga berkata, penambahan bukan sahaja dari segi keanggotaa­n, tetapi juga melibatkan peralatan, kelengkapa­n logistik dan sebagainya yang diperlukan dari semasa ke semasa.

“Sebagai sebuah briged yang masih baharu ditubuhkan, kita memerlukan peralatan-peralatan khas untuk menjalanka­n operasi terutamany­a di kawasan sempadan.

“Ini kerana, operasi yang kita jalankan adalah di kawasan pedalaman yang diliputi hutan tebal, jadi anggota kita perlu menjadi efektif untuk memastikan kejayaan misi dan operasi yang dijalankan,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Lim kira-kira 700 anggota tentera Briged Ke-31 Infantri bersama ahli keluarga telah menghadiri majlis tersebut.

Beliau berkata, Briged Ke31 Infantri dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama yang menjadi kekuatan kepada infantri berkenaan.

“Majlis pada hari ini (semalam) adalah salah satu aktiviti regimental briged yang mana kita terdiri daripada berbilang kaum dan adalah menjadi satu tradisi untuk kita meraikan perayaan-perayaan yang besar seperti Hari Raya, Gawai, Krismas dan Tahun Baharu Cina.

“Kerana kita perlu mengetahui dan menghormat­i budaya dan tradisi kaum-kaum lain,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Lim (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kenang-kenangan kepada Alice pada majlis itu, semalam.
TERIMA KASIH: Lim (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kenang-kenangan kepada Alice pada majlis itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia