Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak akan terus fokus pembanguna­n kawasan luar bandar

-

SARIKEI: Kerajaan Sarawak akan terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n kawasan luar bandar negeri ini, kata Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Beliau berkata, di kawasan Repok misalnya, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai visi kepimpinan negeri iaitu merapatkan lagi jurang pembanguna­n antara luar bandar dan bandar.

“Dalam tempoh tiga tahun kita menjadi pemimpin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok, kebanyakan usaha, peruntukan dan pembanguna­n ditumpukan ke kawasan luar bandar.

“Ia merangkumi usaha menaik taraf segala bentuk kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya, membaik pulih rumah panjang dan rumah kampung, menaik taraf bekalan air dan elektrik serta kemudahan lain yang memberikan impak positif kepada semua lapisan masyarakat.

“Selain itu, fokus untuk meningkatk­an kualiti pendidikan generasi muda di kawasan ini terus diperjuang­kan dengan memberikan sokongan padu terhadap pemintaan dan keperluan yang dimohon oleh pihak sekolah berdasarka­n kemampuan semasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Baik Pulih Rumah di Rumah Awan, Sungai Stok dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Huang, segala peruntukan tersebut telah disalurkan oleh kerajaan Sarawak melalui Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Melihat kepada usaha tersebut kata Huang, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kepimpinan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menitikber­atkan pembanguna­n di peringkat akar umbi dari segala aspek.

“Kerajaan GPS mahu semua rakyatnya bersamasam­a mengecapi nikmat kemajuan dan pembanguna­n, justeru kita menyeru masyarakat kita sama ada di kawasan bandar dan luar bandar agar bersamasam­a dengan kerajan kita untuk terus melangkah ke hadapan.

“Manfaatkan segala peluang yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membangun bersama agar kita tidak terus ketinggala­n.

“Kita sebagai pemimpin yang telah diberikan amanah untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini sedia mengamalka­n konsep pintu terbuka dan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan bimbingan kita untuk maju ke hadapan,” tegasnya.

Pada majlis itu, Huang turut menyumbang­kan beg dan kasut sekolah kepada para pelajar dari kawasan terbabit untuk meringanka­n beban ibu bapa menjelang musim persekolah­an minggu depan.

 ??  ?? SOKONGAN PADU: Huang bersama rombongann­ya pada Majlis Perasmian Baik Pulih Rumah di Rumah Awan, Sungai Stok dekat Sarikei baru-baru ini.
SOKONGAN PADU: Huang bersama rombongann­ya pada Majlis Perasmian Baik Pulih Rumah di Rumah Awan, Sungai Stok dekat Sarikei baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia