Utusan Borneo (Sabah)

Sektor swasta digesa sedia lebih peluang pekerjaan kepada OKU

-

SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling menggesa majikan sektor swasta di Sibu menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) agar mereka mempunyai sumber pendapatan kukuh untuk menyara diri dan keluarga.

Menurutnya, memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU adalah satu langkah ke hadapan dan akan membantu golongan tersebut untuk menjalani kehidupan normal seperti insan lain.

“Walaupun anda lihat mereka cacat dari segi fizikal, tetapi jika diberi peluang dan dorongan, mereka mampu untuk melakukan pekerjaan dalam bidang tertentu.

“Sebagai contoh, OKU yang cacat anggota badan seperti tidak mempunyai kaki mungkin boleh bertugas di kaunter untuk menjawab panggilan telefon, manakala OKU bisu mungkin boleh bekerja dalam sektor pembersiha­n atau seangkatan dengannya.

“Jadi, jangan pinggirkan mereka, bantu mereka dengan beri lebih banyak peluang pekerjaan,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Hari Krismas dan Tahun Baharu anjuran Kelab Masyarakat Orang Kurang Upaya Sibu di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Kelab Masyarakat Orang Kurang Upaya Sibu Yap Chong Yap.

Ling juga berkata, beliau bersama Ahli Parlimen Lanang Alice Lau ada menyediaka­n perlindung­an insurans untuk golongan OKU di kawasannya.

Katanya, program itu memberi manfaat besar kepada golongan itu jika mereka ditimpa sebarang musibah.

“Mereka boleh datang ke pusat khidmat kami dan kami akan tolong daftarkan untuk mereka.

“Ini adalah salah satu usaha kita bagi pihak kerajaan untuk membantu menjaga kebajikan golongan OKU,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut memperkena­lkan program mySalam kepada hadirin.

Jelasnya, program tersebut juga memberi manfaat besar kepada golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) termasuk golongan OKU.

 ??  ?? SIHAT: Acara senamrobik yang dijalankan.
SIHAT: Acara senamrobik yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia