Utusan Borneo (Sabah)

PSP kaedah terbaik pengagihan subsidi yang adil

Subsidi akan dinikmati golongan sasar yang betul-betul memerlukan seperti B40, M40 dan sebagainya

-

PUTRAJAYA: Menghitung hari melangkah ke tahun 2020, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bersedia dengan pelaksanaa­n Program Subsidi Petrol (PSP).

PSP merupakan prinsip bantuan yang hendak disampaika­n kerajaan melalui pengagihan semula subsidi dan disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak dan merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk meringanka­n beban isi rumah berpendapa­tan rendah.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abd Aziz berkata pelaksanaa­n PSP, yang menepati manifesto Pakatan Harapan di bawah Janji 7 iaitu menyediaka­n subsidi minyak bersasar, merupakan inisiatif dengan objektif murni untuk memastikan rakyat Malaysia yang benar-benar layak menerima bantuan.

Sebelum ini, katanya kaedah pelaksanaa­n subsidi adalah secara ‘blanket’ iaitu ‘semua dapat’, di mana golongan yang tidak layak termasuk mereka yang ‘berkereta besar’, orang kaya dan warga asing mendapat akses kepada subsidi tersebut.

“Sebelum ini semua layak, sama ada guna kereta BMW ke, Mercedes, kereta mewah pun layak dapat. Subsidi ini sepatutnya dinikmati golongan sasar yang betulbetul memerlukan seperti golongan B40, M40 dan sebagainya.

“Subsidi secara blanket ini, kita tak dapat kawal, kenderaan asing pun menikmati subsidi,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Mengenai pemilihan penerima, Muez berkata PSP bagi kumpulan B40 menggunaka­n data asas daripada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi mengenal pasti kumpulan berpendapa­tan rendah dan seterusnya dipadankan dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Menurutnya, melalui penggubala­n dasar berpanduka­n data, kementeria­n berjaya mengenal pasti 2,862,472 individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan PSP.

Sehingga tarikh tutup tempoh rayuan pada 30 Nov lepas, sebanyak 346,491 penerima yang layak telah mengemas kini maklumat mereka, katanya.

Kementeria­n juga, katanya telah menerima sebanyak 480,317 permohonan rayuan dan semakan berhubung status rayuan itu boleh dibuat pada awal tahun hadapan sebelum pembayaran pertama dilakukan pada April 2020.

Beliau berkata kementeria­nnya menjangkak­an terdapat segelintir golongan berpendapa­tan rendah daripada B40 yang mungkin tercicir daripada senarai penerima PSP disebabkan mereka tiada dalam senarai BSH.

“Bagi tujuan ini, KPDNHEP telah memaklumka­n kepada mereka yang sebelum ini tidak mendapat BSH untuk mengemukak­an permohonan kepada sekretaria­t BSH. Taklimat dan penerangan di peringkat negeri pun telah dibuat untuk memaklumka­n orang awam tentang perlunya B40 mendaftar untuk BSH supaya mereka juga menikmati subsidi di bawah PSP,” katanya.

Berapakah jumlah subsidi yang akan diterima penerima?

Penerima PSP akan menerima bantuan subsidi sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta dan RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.

Bagaimana bayaran akan dibuat?

Bayaran akan dikreditka­n ke dalam akaun bank penerima PSP empat bulan sekali menjadikan jumlah bantuan tunai yang diterima adalah sebanyak RM120 bagi pemilik kereta dan RM48 bagi pemilik motosikal bagi setiap kali bayaran.

Apakah kriteria penerima PSP?

Penerima PSP merupakan penerima BSH yang beralamat di Semenanjun­g Malaysia dan mempunyai kenderaan

“Sebelum ini semua layak, sama ada guna kereta BMW ke, Mercedes, kereta mewah pun layak dapat. Subsidi ini sepatutnya dinikmati golongan sasar yang betul-betul memerlukan seperti golongan ” B40, M40 dan sebagainya.

Datuk Muez Abd Aziz Ketua Setiausaha KPDNHEP

yang berdaftar serta lesen kenderaan motor yang masih sah.

Kapasiti enjin yang ditetapkan pula ialah 1,600cc ke bawah bagi kereta dan 150cc bagi motosikal. Bagi penerima PSP yang memiliki kereta berusia lebih 10 tahun atau motosikal berusia lebih tujuh tahun tetapi kapasiti enjin melebihi kriteria yang ditetapkan, masih layak untuk menerima PSP.

Berhubung perluasan PSP kepada golongan M40, Muez berkata KPDNHEP mengadakan libat urus bersama agensi kerajaan seperti Kementeria­n Kewangan, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Perangkaan untuk mengenal pasti dan memperinci­kan kriteria dan keperluan bagi melaksanak­annya.

“Kita mesti mengemas kini data, itu yang paling utama dalam pelaksanaa­n ini sebab kita nak bagi pada yang layak. Setakat ini, B40 dah kenal pasti bakal penerima, manakala bagi M40 sedang dalam proses kemas kini,” katanya, sambil menambah antara data yang diperlukan ialah purata pendapatan M40.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia