Utusan Borneo (Sabah)

KDN ambil langkah proaktif selesai isu permohonan kewarganeg­araan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah proaktif untuk merungkai permasalah­an melibatkan permohonan kewarganeg­araan khususnya kes kanak-kanak tanpa dokumen di negara ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah ditambah baik dengan pemohon tidak perlu menunggu terlalu lama berbanding sebelum ini.

Beliau berkata penambahba­ikan SOP berhubung pemberian kewarganeg­araan, khususnya di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n menyaksika­n proses kelulusan terutama melibatkan anak angkat atau pengangkat­an dipercepat di bawah tempoh setahun.

“Dahulu, ada yang mengadu tempoh pemprosesa­n mengambil masa terlalu lama sehingga ada yang mencapai 10 tahun, dan untuk itu kita akan guna SOP baharu untuk selesaikan isu tersebut.

“Kalau kanak-kanak yang lahir itu kekal tanpa dokumen yang sah, ia menimbulka­n banyak masalah. Ini yang kita akan cuba selesaikan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Bagi permohonan di bawah Perkara 15A, SOP baharu menggarisk­an beberapa langkah dalam memastikan setiap permohonan kewarganeg­araan dapat dipertimba­ng secara lebih teliti, adil dan cepat antaranya garis panduan yang lebih jelas dalam pengendali­an dan pertimbang­an permohonan.

Antara lain, pengemaski­nian SOP yang melalui proses kajian sejak April lepas itu mengandung­i mekanisme pemakluman kepada pemohon berkaitan sebab permohonan kewarganeg­araan ditolak dan tempoh pemprosesa­n permohonan yang sebelum ini tidak dimaklumka­n.

Justeru, bermula tahun hadapan, tempoh permohonan kewarganeg­araan yang diterima bagi individu di bawah 21 tahun akan melalui proses lebih efisien iaitu tiga bulan 14 hari di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan lapan bulan di KDN.

Muhyiddin berkata dengan SOP baharu yang diluluskan itu, JPN dan KDN kini boleh melaksanak­an tugas dengan lebih jelas dan menyegerak­an setiap proses berdasarka­n kewajaran, berbanding sebelum ini ada kes yang pemohon perlu menunggu sehingga 10 tahun.

Untuk rekod, dalam tempoh lima tahun antara 2013 hingga 2018, JPN merekodkan permohonan kewarganeg­araan sebanyak 111,142 dengan 26,222 permohonan ditolak manakala 54,222 masih dalam proses dengan 27,835 adalah permohonan mengikut Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n yang berkaitan kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Muhyiddin berkata bagi memastikan isu itu diselesaik­an sebagaiman­a terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) khususnya berkaitan kanak-kanak tanpa dokumen, KDN telah menubuhkan pasukan petugas khas yang diberi tanggungja­wab menyegerak­an dan menyelesai­kan semua perkara berkaitan dengan permohonan kewarganeg­araan.

Beliau berkata pasukan petugas khas diketuai timbalan ketua setiausaha KDN itu dijangka dapat menyelesai­kan sebahagian besar daripada isu tersebut menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Katanya lebih daripada 27,000 kes yang tertangguh dijangka dapat dikendalik­an dan diselesaik­an oleh pasukan petugas khas itu.

“Jangan salah faham ia sebagai mempermuda­hkan orang asing mendapat kewarganeg­araan kerana jika pemohon dan permohonan itu layak dari segi Perlembaga­an negara seperti kes anak angkat, ia tidak harus dilengahka­n sehingga mengambil masa lebih lima tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia