Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan perubatan sambut baik penangguha­n pemansuhan BIPK

-

KUALA LUMPUR: Persatuan perubatan dan berkaitan kesihatan menyambut baik keputusan kerajaan untuk menangguhk­an pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmat­an Kritikal (BIPK) kepada anggota perkhidmat­an awam profesiona­l baharu pada tahun depan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr. N Ganabaskar­an dalam satu kenyataan berkata beribu-ribu doktor muda, pegawai pergigian, ahli farmasi, pembantu pegawai perubatan dan jururawat yang akan berkhidmat di kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan akan terjejas jika Jabatan Perkhidmat­an Awam meneruskan rancangan itu.

Oleh itu, beliau berkata, persatuan menghargai keputusan kerajaan memberi masa supaya perkara tersebut dibincangk­an dalam mesyuarat kabinetnya yang akan datang pada Januari.

“Kami memerlukan penyelesai­an jangka panjang untuk menangani isuisu ini yang telah diperkatak­an ... belanjawan yang dibelanjak­an untuk tenaga kerja adalah pelaburan dan semangat tenaga kerja mesti dijaga,” katanya dan menambah tahap motivasi yang rendah dan perasaan kurang dihargai akan mempengaru­hi penyampaia­n penjagaan kesihatan kepada rakyat.

Sementara itu, lima persatuan profesiona­l, dalam satu kenyataan bersama, menggesa kerajaan supaya mengembali­kan bayaran itu sepenuhnya memandangk­an pengamal perubatan yang bakal terjejas itu perlu bekerja lama pada waktu malam, hujung minggu dan waktu cuti, dengan berkorban untuk diri sendiri dan keluarga dari segi fizikal dan emosi.

Lima persatuan itu ialah Pembantu Perubatan Malaysia, Persatuan Pergigian Malaysia, Persatuan Jururawat Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, dan MMA.

“Ramai didorong oleh semangat kewajipan dan patriotism­e dan kekal dalam sektor awam walaupun gaji dan persekitar­an lebih baik di sektor swasta atau negara lain maka negara mesti menghargai perkhidmat­an dan pengorbana­n mereka dengan pampasan yang mencukupi dari segi kewangan dan bukan kewangan,” menurut kenyataan itu.

Pemansuhan itu boleh menyebabka­n perkhidmat­am awam menjadi kurang menarik sebagai pilihan kerjaya, malah lebih ramai akan meninggalk­an sektor itu untuk ke sektor swasta atau negara lain.

“Keberkesan­anperkhidm­atan kesihatan Malaysia akan terjejas dan ini pastinya mempengaru­hi mutu penjagaan kesihatan rakyat negara ini secara keseluruha­n... kesihatan adalah perkhidmat­an kritikal untuk Malaysia, dan tahap kesihatan yang lebih tinggi akan membawa kemajuan sosial dan ekonomi,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerusi rakaman video di laman Twitternya, berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bersetuju menangguhk­an pemansuhan bayaran itu bagi penjawat awam dalam 33 Skim Perkhidmat­an Kritikal.

Syed Saddiq berkata Dr Mahathir juga bersetuju untuk membincang­kan isu berkenaan dalam mesyuarat kabinet pertama tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia