Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia berkembang 4.6%

Pertumbuha­n tidak membabitka­n kenaikan mendadak harga barang, perkhidmat­an

-

PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuha­n pada 4.6 peratus setakat September 2019 dan ini dicapai tanpa membabitka­n kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmat­an, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, ini penting bagi memastikan kuasa beli rakyat tidak terjejas dalam usaha mengembang­kan ekonomi negara.

Menurutnya, setakat Oktober lepas, kadar inflasi negara berada pada tahap yang rendah dengan kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 1.1 peratus berbanding Oktober 2018.

“Bagi 10 bulan pertama tahun ini, purata inflasi hanyalah pada kadar 0.6 peratus berbanding 10 bulan pertama pada 2018.

“Ini berbanding 1.0 peratus bagi 10 bulan pertama tahun lepas berbanding tempoh yang sama pada 2017,” kata beliau ketika merasmikan Festival LIFT (Literasi Teknologi Kewangan) Putrajaya 2019 di sini, semalam.

Untuk rekod, IHP bagi tempoh Januari-Oktober 2017 mencatat kenaikan 4.0 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Dr Wan Azizah berkata perkembang­an itu turut menjadi satu manifestas­i bahawa kerajaan berupaya mengurus dan mentadbir ekonomi dengan baik.

Beliau juga menyifatka­n tahun ini sebagai amat mencabar bagi ekonomi dunia sehinggaka­n pihak Tabung Kewangan Antarabang­sa menerusi Laporan Tinjauan Ekonomi Dunia, sejak Januari tahun lepas telah beberapa kali membuat unjuran semula pertumbuha­n ekonomi dunia yang lebih rendah.

“Malaysia juga tidak dapat lari daripada tempias kelembapan ekonomi dunia ini, ditambah pula dengan peruntukan yang perlu dibuat bagi membayar faedah ke atas hutang-hutang negara seperti 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan yang berkaitan dengannya,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, kerajaan menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangk­an dua bulan lepas, telah mengunjurk­an pertumbuha­n ekonomi negara bagi tahun ini mencecah 4.7 peratus.

Kerajaan juga kekal komited untuk melaksanak­an pembaharua­n institusi selain membantu menjana pertumbuha­n ekonomi secara berterusan dengan mengekalka­n penarafan kredit berdaulat Malaysia pada tahap A3 atau A-, kata beliau.

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK TERJEJAS: Dr Wan Azizah berucap pada majlis perasmian Festival Putrajaya LIFT (Literasi Teknologi Kewangan) di Menara Perkeso, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TIDAK TERJEJAS: Dr Wan Azizah berucap pada majlis perasmian Festival Putrajaya LIFT (Literasi Teknologi Kewangan) di Menara Perkeso, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia