Utusan Borneo (Sabah)

Petronas selesai beli 50 peratus ekuiti Tartaruga Verde, Espadarte

-

KUALA LUMPUR: Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), selesai mengambil alih 50 peratus ekuiti dalam medan pengeluara­n Tartaruga Verde (Konsesi BM-C-36) dan Modul III medan Espadarte (Konsesi Espadarte) yang kedua-duanya terletak di perairan laut dalam Lembangan Campos di luar pesisir Brazil.

PPBL memeterai perjanjian jual beli dengan Petróleo Brasileiro S.A. (Petrobras) yang juga syarikat petroleum multinasio­nal Brazil pada 25 April, 2019.

Petrobras yang merupakan pengendali, adalah pemegang baki 50 peratus kepentinga­n tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, Petronas berkata pemeteraia­n perjanjian pemuktamad­an yang turut menandakan selesainya pengambila­lihan berkenaan, telah dilakukan di Rio De Janeiro, Brazil, pada 27 Disember, 2019.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli menyifatka­n penyelesai­an pengambila­lihan kepentinga­n Tartaruga Verde and Module III Espadarte selain kejayaan memenangi tiga blok penerokaan minyak dalam pusingan bidaan di Brazil baru-baru ini sebagai bukti kemajuan usaha Petronas mengembang­kan perniagaan­nya di Amerika Selatan.

“Kami turut teruja dengan kerjasama baharu dengan Petrobras dalam usaha memenuhi aspirasi tenaga Brazil,” katanya.

Selain aspek pengembang­an portfolio di Amerika Selatan, Petronas juga menandatan­gani enam kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) baharu iaitu masing-masing empat di Malaysia dan dua di Gabon selain mengambil alih dua blok di luar pesisir Mesir.

Ini seiring dengan strategi pertumbuha­n tiga teras Petronas untuk meraih peluang di kawasan lembangan yang produktif bagi pengembang­an perniagaan utamanya dalam usaha penjanaan tunai di masa depan, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia