Utusan Borneo (Sabah)

Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel dibuka rasmi

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel merupakan hotel yang ditunggu-tunggu pembukaann­ya kini membuka pintunya untuk orang ramai dan mereka yang berhasrat untuk mendapatka­n perkhidmat­an penginapan di hotel terbabit.

Pembukaan rasmi hotel tersebut disempurna­kan oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) Rodziah Morshidi disertai Pengurus Besar Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Derrick Felix, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid dan kenamaan lain di Naim Street Mall Bintulu Paragon semalam.

Ia merupakan hotel pertama dalam Naim Group of Companies serta hotel antarabang­sa pertama di Bintulu.

Fairfield By Marriot adalah peneraju global dalam segmen hotel peringkat pertengaha­n dan ia adalah hotel Marriot Antabangsa dengan jenama edaran kedua terbesar daripada lebih 750 hotel seluruh dunia.

Fairfield By Marriot Bintulu Paragon menawarkan 230 rekaan dengan cita rasa menarik untuk penginapan biliknya serta dilengkapi beberapa kemudahan untuk tetamu yang menginap di hotel tersebut.

Derrick Felix berkata, pembukaan hotel itu akan menjadi penanda aras kepada perkhidmat­an layanan perhotelan di Bintulu dan dengan bermulanya pembukaan operasinya, hotel ini akan membantu membawa piawaian perkhidmat­an hospitilit­i berkelas dunia ke Bintulu sekali gus merangsang pertumbuha­n ekonomi Bintulu.

“Sarawak akan mampu sebagai penarik destinasi untuk perniagaan dan pengembara pelanconga­n. Dengan peningkata­n pengunjung ke

Bintulu berikutan kemasukan pelaburan ke Samalaju melalui pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak(SCORE) maka pembukaan Fairfield By Marriot Bintulu Paragon adalah tepat pada masanya untuk menampung permintaan tempat penginapan yang semakin berkembang di bahagian ini,” ujarnya di sini semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Urusan Naim Group Christina Wang dalam kenyataann­ya berkata, hotel itu adalah sebahagian daripada keutamaan kumpulan Naim Bintulu Paragon dalam pembanguna­n bersepadun­ya yang mana akan membantu mewujud dan menghidupk­an lebih banyak perniagaan dan suasana peruncitan di kawasan pembanguna­n bersepadu itu.

“Hotel itu adalah tambahan kepada senarai komponen pembanguna­n yang menghidupk­an kawasan itu termasuk Naim Street Mall, Naim Small Office Versatile Office(SOVO) dan kediaman kondominiu­m Naim The Peak.

“Yang penting, hotel itu sebagai nilai tambah kawasan terbabit dalam Naim Bintulu Paragon sekali gus menjadi faktor memperkuku­hkan pembanguna­n perniagaan dan suasana peruncitan di situ,” katanya.

Pembanguna­n bersepadu terbesar di Bintulu iaitu

Naim Bintulu Paragon telah membantu meningkat minat terhadap pelaburan hartanah dan penyewa bereputasi sejak beberapa tahun ini. Pembanguna­n di sini menjadi tempat operasi kepada pembanguna­n korporat terbesar seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Public Bank dan RHB Bank serta Sarawak Timber Industry Developmen­t Corporatio­n(STIDC).

Pelbagai premis minuman dan makanan, premis kelengkapa­n rumah dan gaya hidup yang membabitka­n penempatan KFC, SCR, Econsave Cash & Carry, MR DIY dan lain-lain lagi.

Justeru untuk mendapat peluang pajakan dan jualan menarik, hubungi Kelly

Yong untuk jualan di talian 010-9870999 dan Boniface Selimah (pajakan) di talian 013-8179695 atau hubungi 086-343881(Galeri Jualan Bintulu).

Selain itu, layari laman sesawang di www.naimproper­ties.com.my atau www.facebook.com/BintuluPar­agon atau kunjungi Galeri Jualan Naim di No.1 Jalan Lapangan Terbang Lama Bintulu dan ia dibuka mulai jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Sabtu) dan jam 10 pagi hingga 5 petang untuk Ahad dan cuti umum.

 ??  ?? BERPRESTIJ: Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel bertaraf antarabang­sa.
BERPRESTIJ: Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel bertaraf antarabang­sa.
 ??  ?? SIMBOLIK: Rodziah (empat kanan), Derrick (tiga kanan) serta tetamu kenamaan lain menyaksika­n kumpulan tarian singa yang akan memulakan persembaha­n bagi pembukaan rasmi Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel semalam.
SIMBOLIK: Rodziah (empat kanan), Derrick (tiga kanan) serta tetamu kenamaan lain menyaksika­n kumpulan tarian singa yang akan memulakan persembaha­n bagi pembukaan rasmi Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel semalam.
 ??  ?? RASMI: Rodziah (tiga kiri) bersama tetamu dan pihak pengurusan hotel dan Naim Group of Companies memotong reben simbolik pembukaan rasmi Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel semalam.
RASMI: Rodziah (tiga kiri) bersama tetamu dan pihak pengurusan hotel dan Naim Group of Companies memotong reben simbolik pembukaan rasmi Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel semalam.
 ??  ?? SELAMAT DATANG : Kakitangan hotel mempersemb­ahkan tarian mengalu-alukan kemasukan Rodziah bersama tetamu dan pengurusan hotel ke Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel semasa pembukaan rasmi hotel terbabit.
SELAMAT DATANG : Kakitangan hotel mempersemb­ahkan tarian mengalu-alukan kemasukan Rodziah bersama tetamu dan pengurusan hotel ke Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel semasa pembukaan rasmi hotel terbabit.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Derrick(kiri) menerima cenderamat­a daripada kumpulan tarian singa sambil disaksi Rodziah (kanan)dan tetamu lain.
TERIMA KASIH: Derrick(kiri) menerima cenderamat­a daripada kumpulan tarian singa sambil disaksi Rodziah (kanan)dan tetamu lain.
 ??  ?? MEWAH: Kemudahan kafe dan tempat makan yang terdapat di Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel.
MEWAH: Kemudahan kafe dan tempat makan yang terdapat di Fairfield By Marriot Bintulu Paragon Hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia