Utusan Borneo (Sabah)

Anggota SEAL meninggal dunia akibat jangkitan selepas aktiviti menyelamat di gua

-

BANGKOK: Seorang anggota SEAL (Laut, Udara dan Darat) dalam Tentera Laut Thai yang turut membantu menyelamat­kan sebuah pasukan bola sepak remaja yang terperangk­ap dalam sebuah gua yang dimasuki air pada tahun lepas telah meninggal dunia akibat jangkitan yang dialaminya sewaktu menjalani misi menyelamat yang dramatik itu.

Pegawai Rendah Beirut Pakbara jatuh sakit akibat jangkitan darah ketika dia bekerja untuk mengeluark­an 12 remaja lelaki dan jurulatih mereka, Tentera Laut Thai menyebut dalam satu kenyataan yang dipaparkan lewat Jumaat dalam laman Facebook mereka.

Selepas pengalaman selama 18 hari itu berakhir pada Jun lalu – dengan seluruh pasukan yang muncul dalam keadaan selamat dari gua Tham Luang di utara Thailand – dia diletakkan di bawah pengawasan doktor selama setahun dia sakit.

“Namun keadaannya bertambah buruk dan dia meninggal dunia akibat jangkitan darah,” kata Tentera Laut, yang menyuaraka­n “kesedihan tidak terhingga” kepada keluargany­a.

Seorang pegawai di wilayah asal Beirut, Satun, memberitah­u AFP, anggota SEAL Tentera Laut itu segera dikebumika­n menurut ajaran Islam pada Jumaat selepas dia meninggal dunia.

Seorang lagi penyelamat, bekas penyelam SEAL Tentera Laut Thai, Saman Gunan, turut meninggal dunia sewaktu misi menyelamat itu apabila dia kehabisan oksigen ketika dia cuba menyambung talian udara kepada remaja tersebut dan jurulatih mereka.

Sebuah patung penyelam wira itu telah didirikan berhampira­n pintu masuk gua, yang menarik lebih 1.3 juta pelancong sejak 12 remaja terbabit dan jurulatih mereka dikeluarka­n dari ‘penjara’ mereka yang dimasuki air.

Misi menyelamat itu – yang melibatkan penyelam pakar asing dan Tentera Laut Thai – mengundang minat global yang luar biasa ke daerah Mae Sai yang bergunung-ganang.

Pasukan ‘Wild Boars’ berkenaan menjadi selebriti-selebriti global dan sejak itu telah menjelajah dunia, bertemu dengan gergasi bola sepak di Manchester United dan LA Galaxy, dan menjadi tetamu program bual bicara Ellen Degeneres di Amerika Syarikat.

Usaha menyelamat itu turut menarik pembuat filem yang ingin sekali memaparkan operasi yang dramatik itu di atas skrin – dengan Netflix yang mendapat hak eksklusif untuk menceritak­an kisah remaja tersebut.

Sebuah lagi filem, ‘The Cave’ arahan pembuat filem berbangsa Irish-Thai, Tom Walker, muncul di layar perak di Thailand pada bulan lepas, tetapi ia lebih fokus kepada usaha menyelamat dan malah dibintangi salah seorang penyelam asing terbabit yang membawa wataknya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia