Utusan Borneo (Sabah)

Demonstras­i antikeraja­an Chile meletus lagi

-

SANTIAGO: Ribuan penunjuk perasaan bertelingk­ah dengan polis pada Jumaat di Santiago dalam pusingan baharu demonstras­i antikeraja­an yang meletus lebih dua bulan lalu di Chile.

Perhimpuna­n itu diadakan di Plaza Italia, yang sejak 18 Oktober lalu telah menjadi pusat protes warga besarbesar­an menentang kerajaan haluan kanan Presiden Sebastian Pinera.

Polis memasuki dataran selepasten­gahharidan­meleraikan penunjuk perasaan dengan meriam air dan gas pemedih mata. Namun selepas konfrontas­i hampir selama dua jam, ribuan penunjuk perasaan akhirnya menduduki plaza tersebut, menurut pemberita AFP.

“Kami akan meneruskan perjuangan sehingga Pinera tunduk kepada tuntutan rakyat,” kata Luis Rojas, 46.

Pihak berkuasa cuba memulihkan ketenteram­an di pusat Santiago, yang telah digegarkan oleh krisis yang pada awalnya meletus kerana kenaikan tambang kereta api bawah tanah tetapi dengan cepat bertukar menjadi pergolakan sosial yang paling buruk sejak berakhirny­a pemerintah­an kuku besi Augusto Pinochet hampir 30 tahun lalu.

Rakyat Chile yang berang telah memenuhi jalanan untuk menunjukka­n kemarahan mereka berhubung ketidaksam­arataan dan khususnya untuk memarahi golongan elit yang menguasai kebanyakan kekayaan negara.

Demonstras­i pada Isnin lepas berlaku pada hari yang sama Pinera menandatan­gani dekri untuk mengadakan pungutan suara pada 26 April sama da untuk menggantik­an perlembaga­an sedia ada, yang dirangka sewaktu pemerintah­an Pinochet.

Ramai di Chile melihat penggantia­n perlembaga­an – yang dianggap sebagai lembaran gelap yang menindas pada masa silam di negara itu – sebagai satu cara untuk membantu menamatkan krisis itu.

Kebakaran berlaku di Cine Arte Alameda sewaktu protes pada Isnin lepas – sebuah pusat kebudayaan tradisiona­l berhampira­n Plaza Italia yang sudah beroperasi hampir selama tiga dekad. Ia juga menempatka­n kakitangan perubatan yang telah membantu penunjuk perasaan yang cedera ketika pergolakan meletus.

 ?? — Gambar Reuters ?? TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan bertelingk­ah dengan anggota keselamata­n dalam demonstras­i menentang kerajaan Chile di Santiago, Chile kelmarin.
— Gambar Reuters TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan bertelingk­ah dengan anggota keselamata­n dalam demonstras­i menentang kerajaan Chile di Santiago, Chile kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia