Utusan Borneo (Sabah)

Fiji dibadai Sarai, hampir 2,000 dipindahka­n, seorang dikhuatiri hilang

-

WELLINGTON: Hampir 2,000 orang berlindung di pusat kecemasan dan seorang lelaki hilang selepas dia dihanyutka­n oleh air banjir ketika Taufan Tropika Sarai membadai Fiji semalam dan menyebabka­n kerosakan yang berleluasa.

Pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Negara Vasiti Soko menggesa penduduk tempatan dan ribuan pelancong di Fiji untuk tidak cuai ketika Sarai melanda negara pulau Pasifik itu dengan hujan lebat dan ribut kencang yang boleh menyebabka­n kemusnahan.

Dengan ribut yang bergerak sehingga kelajuan 150 kilometer sejam pada waktu siang, Sarai memusnahka­n rumah dan tanam-tanaman, menumbangk­an pokok, memutuskan bekalan elektrik dan menyebabka­n banjir yang buruk di kawasan rendah.

Ribuan pelancong terkandas selepas penerbanga­n berulang-alik ke Fiji dibatalkan atau dijadualka­n semula.

Warga New Zealand, Melonie Sheppard, yang bercuti di Pulau Mana ke barat tanah besar Fiji, menggambar­kan situasi itu sebagai “menakutkan” dan berkata pusat peranginan mereka telah ditutup.

“Kami sedang dibadai ribut yang kuat dan hujan melintang. Pusat peranginan ini menyediaka­n makanan berbungkus dan air terus ke bilik apabila mereka dapat berbuat demikian,” katanya kepada akhbar New Zealand Herald.

“Ribut melolong dan puing pokok berterbang­an, pintu dan tingkap bergegar, ombak besar melanda pantai. Air sekarang bocor dalam beberapa buah bilik – ia kadang-kadang sedikit menakutkan.

Kerajaan Fiji mengeluark­an satu kenyataan untuk memberi amaran tentang “ribut dengan kekuatan yang boleh menyebabka­n kemusnahan dan banjir di kawasan tepi pantai dijangkaka­n”.

Pejabat Pengurusan Bencana Negara berkata setakat pagi semalam, seramai 1,970 orang telah mendapatka­n perlindung­an di pusat kecemasan dan tiada laporan diterima mengenai sebarang kecederaan.

Bagaimanap­un, terdapat kebimbanga­n mengenai keselamata­n seorang lelaki yang dihanyutka­n air banjir ketika dia cuba menyeberan­gi sebatang sungai yang melimpah manakala seorang lagi lelaki, yang dilaporkan hilang di laut, telah diselamatk­an dalam bot kaca gentiannya oleh polis.

Pemangku pesuruhjay­a polis Rusiate Tudravu berkata dia kecewa kerana ada orang yang tidak mempedulik­an amaran cuaca.

“Orang awam sendiri yang tidak bertanggun­gjawab. Kami mengeluark­an amaran sebelum taufan melanda menerusi pihak berkuasa yang relevan, tetapi orang awam rasa ia adalah wajar bagi mereka sendiri sewaktu taufan berlaku untuk mengambil tindakan yang begitu tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Pada laluannya sekarang, taufan itu diramal akan bergerak selari dengan pulau utama Fiji, Viti Levu, sebelum ia merentasi pulaupulau selatan Fiji dan menuju ke arah Tonga, yang sudah mengaktifk­an pusat amaran taufan tropikanya selepas taufan itu dijangka tiba lewat hari ini (Ahad).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia