Utusan Borneo (Sabah)

Enam mayat dijumpai di lokasi nahas helikopter pelanconga­n yang hilang

-

LOS ANGELES: Mayat enam orang telah dijumpai di lokasi nahas sebuah helikopter pelanconga­n yang hilang di Hawaii, kata pegawai pada Jumaat.

Tujuh orang pada mulanya menaiki pesawat tersebut, yang tidak kembali pada petang Khamis lepas.

Tiada tanda yang menunjukka­n ada mangsa yang terselamat dalam nahas itu dan usaha mencari orang terakhir di atas pesawat diteruskan pagi semalam, kata pihak bomba, menurut media tempatan.

“Mayat enam orang individu dijumpai pada petang Jumaat di tapak bangkai helikopter di Kokee dekat Nualolo,” daerah Kauai menyebut dalam satu kenyataan.

Identiti mangsa belum lagi didedahkan, sementara menunggu notifikasi kepada anggota keluarga terdekat.

Menurut kenyataan itu, usaha terakhir untuk mengeluark­an mayat ditangguhk­an kerana keadaan cuaca tetapi akan disambung pada pagi ini (Ahad).

“Kami sedih sekali dengan tragedi ini dan kami terus meminta orang ramai untuk mengambil kira sifat situasi dahsyat ini yang sensitif,” kata datuk bandar Kauai, Derek Kawakami.

“Doa dan ingatan kami bersama keluarga dan anggota tersayang semua mangsa,” katanya.

Pihak berkuasa dimaklumka­n bahawa sebuah pesawat dari Safari Helicopter­s, yang telah membawa pelancong di ruang udara kawasan Na Pali, hilang sekitar jam 6.00 petang Khamis.

“Hubungan terakhir dengan helikopter itu dibuat kirakira jam 4.40 petang, apabila juruterban­g memberitah­u bahawa rombongan pelancong itu akan meninggalk­an kawasan Waimea Canyon,” kenyataan itu menyebut.

Pasukan Pengawal Pantai, polis tempatan dan jabatan bomba serta agensi lain kemudian melancarka­n usaha untuk mencari helikopter yang hilang itu.

Kauai – pulau keempat terbesar di Hawaii – adalah bergunung-ganang, dengan tebingan curam dan hutan hujan tropika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia