Utusan Borneo (Sabah)

IPGKKB akan jalin kerjasama dengan Wilayah Selatan Thailand

-

KOTA BHARU: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) akan bekerjasam­a dengan kerajaan wilayah Selatan Thailand sebagai satu usaha untuk meningkatk­an mutu pendidikan di wilayah itu.

Timbalan Pengarah IPGKKB Dr Narita Mohd Noor berkata, kerjasama ini bagi membantu pihak mereka mengatasi kekurangan guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang terlatih di Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Songkhla.

“Mereka kekurangan guru yang terlatih terutamany­a dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris, malah di sana juga tidak disediakan sijil perguruan profesiona­l dan latihan perguruan yang mencukupi dalam sektor pendidikan.

“Bagi peringkat permulaan ini, kita memulakan kursus penerapan guru dengan penglibata­n guru-guru swasta di Thailand, dan pada masa akan datang kita berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan pihak pendidikan kerajaan di sana dalam tempoh terdekat. Malah perkara ini juga telah mendapat sokongan Menteri Pendidikan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas hadir di Program Penutupan Kursus Penerapan Keterampil­an Guru Swasta Narathiwat di IPGKKB di sini hari ini yang dirasmikan Pengerusi Biro Pendidikan Pakatan Harapan Kelantan Datuk Kamaruddin Mohd Nor.

Terdahulu kursus yang berlangsun­g selama dua hari itu dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri daripada guru swasta wilayah Narathiwat dan juga Pattani.

Beliau berkata, antara pengisian yang disediakan oleh IPGKKB bagi kursus penerapan ini termasuk pedagogi bahasa Melayu serta strategi pengajaran berkesan.

Sementara itu, Kamaruddin berkata pihaknya menyambut baik usaha yang dilaksanak­an ini dan akan sentiasa memberi sokongan kepada IPGKKB.

“Kerjasama ini dilihat sekaligus dapat menjadikan IPGKKB sebagai pusat pendidikan bahasa Melayu serantau di mana pada peringkat permulaan kursus penerapan ini melibatkan wilayah selatan Thailand, dan tidak mustahil ianya akan berkembang ke negara lain.

“Saya berharap dengan wujudnya kerjasama ini ia dapat membantu meningkatk­an mutu pendidikan bahasa Melayu bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di peringkat antarabang­sa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia