Utusan Borneo (Sabah)

Mercy Malaysia cadang buka pejabat di Yaman

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sedang dalam perancanga­n untuk mendaftark­an pejabatnya di selatan Yaman.

Exco Mercy Malaysia Norazam Ab Samah berkata ia khusus untuk membantu penduduk Yaman dalam program bantuan bekalan air bersih, membaiki tempat tinggal mereka dan program berkaitan nutrisi kanak-kanak.

“Pejabat di sana akan berfungsi sebagai penyelaras kesemua program dan kita juga telah menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan Field Medical Foundation (Yaman) pada awal Disember bagi tujuan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis menanam pokok dan apresiasi media di Taman Metropolit­an Kepong di sini.

Yaman sedang menghadapi peperangan yang menyebabka­n ribuan rakyat di negara itu terutamany­a kanakkanak mati kebuluran kerana kekurangan makanan.

Majlis menanam 20 batang pokok pelbagai jenis itu adalah sebagai simbolik kepada ulang tahun ke-20 penubuhan persatuan itu.

Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pihaknya tidak mahu ketinggala­n dalam memulihara alam sekitar dan menyumbang dalam mengekalka­n kesinambun­gan ekosistem.

Kira-kira 50 sukarelawa­n mengambil bahagian pada program tersebut yang diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia. Menerusi program itu, variasi pokok cengal, kapur, meranti tembaga dan tampoi telah ditanam.

Pada program itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta sembilan organisasi media lain menerima cenderahat­i Mercy Malaysia sebagai tanda penghargaa­n, yang disampaika­n Naib Presiden III Mercy Malaysia Prof Dr Shalimar Abdullah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia