Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar mangsa banjir di Johor bersyukur terima bantuan persekolah­an

-

MUAR: “Saya bersyukur dengan bantuan yang diterima ini. Sekurang-kurangnya tidak menyusahka­n emak dan ayah untuk menyediaka­n barang sekolah,” demikian luahan seorang pelajar mangsa banjir, Ezyan Sefia Salleh, 16.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maokil, Labis, yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan itu amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Johor dan beberapa pihak yang memberikan sumbangan terbabit.

Tiga adik Ezyan Sefia iaitu Ezyan Nasywa,14, Ezyan Alysya, 11, dan Ezyan Imanina, 8, turut menerima bantuan kelengkapa­n sekolah terbabit yang merangkumi pakaian, beg dan kasut.

Anak peniaga sate itu antara tujuh pelajar mangsa banjir dan 400 pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an yang menerima bantuan kelengkapa­n sekolah daripada kerajaan negeri Johor menerusi program Kembali Ke Sekolah di sini, semalam.

Bantuan disampaika­n Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Sementara itu, seorang pekerja kilang yang memiliki tujuh anak dan suami yang tidak mampu bekerja kerana masalah strok sejak 2012 berasa lega kerana anak perempuann­ya, K. Priyayasin­i, 11, antara 400 pelajar terpilih menerima bantuan persekolah­an itu.

S.Gomathy, 44, dari Taman Bukit Pasir, di sini, berkata dengan berpendapa­tan RM1,000 sebulan, dia juga perlu memikirkan beberapa anak lain yang masih bersekolah termasuk anak bongsu berumur empat tahun yang bakal memasuki alam tadika.

“Terima kasih kepada kerajaan yang memberikan bantuan kepada Priyayasin­i yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Temiang Renchong, di sini,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan pada majlis itu, Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong berharap sumbangan itu memberi kegembiraa­n kepada pelajar terbabit.

“Kerajaan sedar persiapan ibu bapa untuk anakanak memulakan musim persekolah­an memerlukan perbelanja­an yang besar, terutama kepada keluarga yang mempunyai tanggungan atau anak bersekolah yang ramai.

“Bagi meringanka­n beban kewangan, kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasukla­h syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediaka­n set keperluan persekolah­an ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia