Utusan Borneo (Sabah)

Pantau penggunaan Internet dan telefon pintar anak-anak

‘Sexting’, ‘cybersex grooming’ antara gejala serius yang perlu diawasi

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa ibu bapa supaya cakna mengenai terma seperti ‘sexting’ dan ‘cybersex grooming’, antara gejala serius yang boleh berlaku kepada kanakkanak tanpa pengawasan penggunaan Internet dan telefon pintar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada Internet, ada juga keburukan atau kesan negatif jika penggunaan­nya tidak dibendung.

“Ini termasuk pornografi, ‘Dark Web’, dan juga media sosial di mana terdapat ramai pengguna yang ingin mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak.

“Tanggungja­wab kita sebagai ibu bapa termasukla­h mengawasi penggunaan Internet dan telefon bimbit oleh anak-anak kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan semasa berucap pada program Kembali ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen itu, di sini hari ini.

Pada program itu, seramai 300 murid sekolah rendah menerima sumbangan beg sekolah, kasut, stokin dan alat tulis.

Mereka juga menerima simpanan sebanyak RM20 setiap seorang jika membuka akaun SSPN semalam dan tambahan sebanyak RM100 sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata kerajaan telah melaksanak­an pelbagai program termasuk Program Keselamata­n Keluarga dan Anak, iaitu ibu bapa diberi pengetahua­n mengenai caracara membantu anak-anak berhadapan buli siber, sexting dan pengantuna­n kanakkanak dalam talian.

Melalui program berkenaan yang diadakan sebanyak 335 kali sejak dilancarka­n pada 2017, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata seramai 11,282 peserta seluruh negara telah menerima manfaat daripadany­a setakat 12 Disember lepas.

Katanya, kerajaan juga telah melancarka­n Video Pendidikan Seksual ‘Safe Touch and Bad Touch’ dan program

“Ini termasuk pornografi, ‘Dark Web’, dan juga media sosial di mana terdapat ramai pengguna yang ingin mengambil ” kesempatan ke atas kanak-kanak.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP), selain melaksanak­an modul Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial (PEKERTI) yang merupakan komponen utama bagi Program Pendidikan Seksualiti Dan Kesihatan Reprodukti­f.

Beliau turut menyentuh isu rokok elektronik atau ‘vape’ dan menurutnya berdasarka­n statistik didedahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kirakira 300,000 pelajar sekolah seluruh negara didapati terjebak dengan penggunaan­nya dengan 50,000 daripadany­a adalah pelajar perempuan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA KASIH: Dr Wan Azizah (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kelengkapa­n persekolah­an kepada adik Dinesh A/L Solai Rajah Mani (dua kanan) pada Program Kembali ke Sekolah 2020 di Dewan Taman Cempaka, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan (kanan).
— Gambar Bernama TERIMA KASIH: Dr Wan Azizah (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kelengkapa­n persekolah­an kepada adik Dinesh A/L Solai Rajah Mani (dua kanan) pada Program Kembali ke Sekolah 2020 di Dewan Taman Cempaka, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia