Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan keselamata­n di jalan raya senarai azam tahun baharu: Lee

-

KUALA LUMPUR: Mengurangk­an jumlah kemalangan dan mengamalka­n budaya keselamata­n di jalan raya perlu ada dalam senarai azam tahun baharu bagi setiap rakyat Malaysia.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan) Tan Sri Lee Lam Thye berkata keselamata­n perlu menjadi sebahagian daripada budaya pengguna jalan raya bagi memastikan jalan raya lebih selamat untuk semua orang dan untuk mengurangk­an jumlah kemalangan maut.

“Negara kita mencatatka­n enam hingga tujuh ribu orang maut di jalan raya dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggaka­n oleh Malaysia, kita tidak boleh berbangga.

“Secara purata, kira-kira 19 sehingga 21 orang mati setiap hari. Kebanyakan­nya (kemalangan) melibatkan penunggang motosikal, sama ada penunggang motosikal atau pembonceng, sering menjadi mangsa kemalangan jalan raya,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Lee berkata ini menunjukka­n perkara itu mesti diutamakan oleh semua pihak, termasuk kerajaan dan masyarakat kerana nyawa setiap orang amat berharga.

Beliau berkata walaupun agak mustahil untuk mencapai sifar kemalangan jalan raya, adalah penting untuk mengamalka­n keselamata­n di jalan raya seperti memakai tali pinggang keselamata­n dan menggunaka­n Kerusi Keselamata­n Kanak-kanak (CRS).

Menurut penyelidik­an Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (Miros), pada tahun 2015 kurang daripada 12 peratus penumpang tempat duduk belakang memakai tali pinggang keselamata­n berbanding pemandu dan penumpang kerusi hadapan yang hampir 90 peratus.

“Saya fikir (semua orang) harus memakai tali pinggang keselamata­n mereka kerana telah terbukti bahawa jika tali pinggang keselamata­n tidak dipakai semasa berlaku kemalangan, kesannya sangat besar sehingga boleh menyebabka­n kecederaan serius kepada penumpang.

“...Saya faham bahawa Kementeria­n Pengangkut­an juga telah menyatakan bahawa mereka akan menjalanka­n kempen selama enam bulan untuk menggalakk­an penggunaan CRS dan saya berharap dalam tempoh enam bulan itu, orang ramai akan sedar tentang pentingnya kerusi keselamata­n kanakkanak,” katanya.

Pada 19 November, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke menyatakan tiada saman akan dikeluarka­n kepada ibu bapa yang gagal menggunaka­n CRS dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaa­n mandatorin­ya mulai tahun depan kerana kementeria­n mahu mendidik terlebih dahulu, sebelum mengambil apa-apa bentuk tindakan penguatkua­saan.

Pada 23 Oktober lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumka­n bahawa penggunaan kerusi keselamata­n kanak-kanak di dalam kenderaan persendiri­an akan diwajibkan mulai 1 Januari tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia