Utusan Borneo (Sabah)

Tiga penerbanga­n sewa khas Kompas Tour Almaty ke Langkawi rancakkan TMM 2020

-

LANGKAWI: Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 akan dirancakka­n dengan tiga penerbanga­n sewa khas Kompas Tour dari Almaty, Kazakhstan terus ke pulau peranginan bebas cukai ini.

Penerbanga­n sewa khas Kompas Tour yang mengambil masa tujuh jam membawa seramai 235 orang penumpang menggunaka­n pesawat Boeing 757-200 Sunday Airlines tiba Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi (LIA) 10.30 pagi semalam.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata penerbanga­n sewa khas Kompas Tour itu diyakini mampu meningkatk­an lagi jumlah kehadiran pelancong dari Kazakhstan ke negara ini yang mencatatka­n 13,912 orang setakat September 2019 lalu, peningkata­n 33.6 peratus bagi tempoh sama pada tahun 2018.

“Penerbanga­n sewa khas Kompas Tour ini adalah antara usaha kolaborasi antara Tourism Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA), Embassy Alliance Travel (M) Sdn Bhd dan Kompas Tour antara agensi pelanconga­n terbesar di Asia Tengah.

“Penerbanga­n sulung hari ini membawa 235 penumpang manakala dua lagi penerbanga­n iaitu pada 4 dan 12 Januari tahun hadapan, ketiga-tiga penerbanga­n ini dijangka membawa 705 orang penumpang. Kita berharap laluan Almaty-Langkawi akan menjadi buah mulut di Kazakhstan dan Asia Tengah seterusnya penerbanga­n sewa khas terus berkembang terutama ke pulau ini,” katanya.

Musa berkata demikian kepada pemberita ketika menyambut ketibaan penerbanga­n sewa khas Kompas Tour di LIA di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LADA Dr Hezri Adnan, Pengurus Besar Pemasaran Syarikat Penerbanga­n MAHB, Mohamed Sallauddin Mohamed Shah dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Juhari Bulat.

Mengulas lanjut, Musa berkata penerbanga­n dari Kazakhstan ke Langkawi bukan sahaja akan membawa pelancong dari negara tersebut malahan negara jiran di Asia Tengah seperti Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

“Kita buat promosi di Kazakhstan bukan sahaja untuk menarik pelancong dari negara tersebut tetapi juga negara jiran berhampira­n berikutan peningkata­n kehadiran pelawat dari Asia Tengah ke Malaysia setiap tahun. Rakyat Asia Tengah memiliki kemampuan untuk melancong jadi kita ambil peluang perkenalka­n negara ini kepada mereka,” katanya.

Sementara itu Hezri berkata jumlah kehadiran pelancong dari Asia Tengah semakin meningkat berikutan kerjasama strategik yang dilaksanak­an oleh Tourism Malaysia dan Kompas Tour.

“Pasaran Asia Tengah amat besar kolaborasi ini telah membuka pasaran baharu buat Langkawi, sebagai rekod Kompas Tour telah membawa seramai 461 orang penumpang menerusi dua penerbanga­n sewa khas dari Almaty pada Januari tahun ini. Kita mengalualu­kan kerjasama ini yang memberi manfaat kepada Langkawi menerusi kehadiran pelancong dari Asia Tengah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia