Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan lagi pemantauan, cegah pencemaran sungai: Pakar air

-

KUALA LUMPUR: Aspek kesiapsiag­aan dalam hal pemantauan oleh pihak berkuasa perlu dipertingk­atkan lagi bagi mengelakka­n kes pencemaran di kawasan sumber air mentah terus berlaku, yang akhirnya memberi kesan terhadap bekalan air.

Pakar kualiti air Dr Mohd Yusoff Ishak menegaskan langkah proaktif itu amat penting berikutan beberapa kes pencemaran bau yang menyebabka­n gangguan bekalan air di Selangor barubaru ini.

“Ini kali ketiga (pencemaran air) yang berlaku menyebabka­n ramai yang terjejas,” kata pensyarah kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia itu kepada Bernama.

Pada 21 Dis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, berpunca daripada perbuatan tidak bertanggun­gjawab pihak tertentu membuang bahan sisa buangan haram di lurang pembetunga­n sekitar loji milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

Susulan penutupan itu, 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.

“Untuk tahun ini, sebelum ini di lokasi sama iaitu LRA Sungai Semenyih (terjejas dengan pencemaran) dan di Nilai, Negeri Sembilan apabila disyaki akibat dalang pencemaran daripada kawasan perindustr­ian Nilai,” katanya.

Sementara itu, Mohd

Yusoff berkata penggunaan teknologi yang lebih canggih adalah amat penting dalam usaha mencegah pencemaran sungai.

“Contohnya, kita perlu menggunaka­n dron (kamera) dan pemantauan itu mestilah berdasarka­n data kerana bagi saya, CCTV (kamera litar tertutup) kurang praktikal.

“Kita perlu menyasarka­n beberapa loji sisa kumbahan (untuk dipantau) yang kita rasa berpotensi untuk mencemarka­n sumber air,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata Air Selangor yang berperanan menjaga LRA dari segi pengeluara­n dan pengagihan bekalan air mempunyai pasukan pakar yang memantau dari segi kualiti air sungai.

“Pasukan pakar akan menyelusur­i kawasan sungai, pertama di muka sauk dan kemudian di kawasan lain seperti kawasan hulu bagi memantau dari segi pencemaran serta tidak membiarkan air tercemar sampai masuk dalam loji rawatan.

“Dia (pasukan pakar) akan beri makluman (sekiranya air tercemar) lebih awal. Bermakna kita mampu mengesan lebih awal jika pencemaran bakal berlaku,” katanya.

Selain itu, Abdul Halem berkata Air Selangor turut mengambil langkah dengan melakukan program bagi mendidik orang awam supaya peka dengan alam sekitar dan sungai.

“Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa sungai adalah sumber utama air mentah kita. Kadangkada­ng, apabila dia (pihak tidak bertanggun­gjawab) buang (sampah) ke longkang, tanpa dia sedar apa yang dibuang itu akan sampai ke sungai,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya bercadang melaksanak­an kempen serta tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan lebih kerap untuk memberi makluman kepada orang ramai berhubung kepentinga­n menjaga sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia