Utusan Borneo (Sabah)

Tamu, tempat bertemu dengan orang asal pesisir

-

DALAM bahasa Kadazan, kata Bev Joeman, pilak yang bermaksud perak dalam bahasa Melayu ini dikenali sebagai piok dan dalam bahasa Dusun sebagai pirok. Dalam bahasa kedua-dua etnik ini ia melambangk­an kemewahan, kata wanita pejuang hak asasi manusia di Sabah itu. Selain itu, pirak juga digunakan dalam bahasa Iranun.

Di situlah bermulanny­a konsep “tamu” di Sabah, tempat pertemuan di antara orang asal pesisir dan orang asal pedalaman.

Mereka datang berdagang dan bertukar-tukar barang, hasil tanaman dan tangkapan, ikan dengan sayur-sayuran dan menggunana­kan “pilak” berjual beli, kata seorang pelajar PhD Peradaban di UMS, Lahir Batin.

Selain daripada duit dan mata wang dalam bahasa Suluk dan Bajau, pilak bererti indah, keilahian dan martabat.

Pertemuan mereka di tamu ini melambangk­an mereka ini adalah daripada golongan nelayan dan petani, kata Rahmat Islah, seorang pengkaji falsafah Islam.

Dalam konteks ini “tamu” adalah menjadi satu tempat di bahagian pekan atau bandar yang bermaksud “pasar”. Di antara pertemuan di tamu selepas bertukar, jual dan beli mereka kembali ke tempat masing-masing.

Semua maklum, negeri Sabah daripada dahulu lagi dihuni oleh etnik-etnik yang berada di pesisir dan pedalaman yang bertemu di tamu di bahagian pekan atau pasar. Menurut Native Ordinance 1952, mereka semua ini dikenali sebagai

“Anak Negeri”.

Dalam konteks ini, hidup berjiran dan harmoni di Sabah di antara semua etnik sudah lama dijalan.

Ketiga-tiga panel ini di mengakhiri kata-kata mereka di “forum katakata kahawa” di Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA), Kg. Gudon, Menggatal pada 13 Disember lepas. Forum itu adalah mengenai pilak, orang asal pesisir, orang asal, sosiobuday­a dan kaitannya dengan alam.

Maknanya, apapun yang ingin dikaitkan pada perkataan pilak, ia semua hanyalah kandungan percakapan oleh golongan orang yang kurang tahu dan tersalah tahu, mereka yang tidak pelajari secara mendalam atau orang terpelajar. Forum ini dipengerus­ikan oleh saudara Khyrul Hycal.

 ??  ?? MENARIK: (Dari kiri) Lahir Batin, Bev Joeman, Rahmat Islah dan Khyrul Hycal.
MENARIK: (Dari kiri) Lahir Batin, Bev Joeman, Rahmat Islah dan Khyrul Hycal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia