Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Man City untuk pertahanka­n kejuaraan berkecai

Juara bertahan itu tewas 3-2 kepada Wolverhamp­ton pada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux

-

“Tiada penyesalan, mereka melakukan segalagala­nya untuk mempertaha­nkan kedudukan selama 80 minit tetapi ia ” ternyata sukar.

Pep Guardiola Pengurus Manchester City

WOLVERHAMP­TON, England: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mengakui harapan tipis pasukannya untuk mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris berkecai selepas mensia-siakan pendahulua­n 2-0 dan melihat pemainnya, Ederson dibuang padang ketika tewas 2-3 di Wolverhamp­ton Wanderers (Wolves) Jumaat lepas.

City bangkit dari penyingkir­an penjaga golnya, Ederson seawal minit ke-12 untuk mengawal permainan hasil dari dua gol Raheem Sterling dalam kedua-dua babak.

Tetapi pemain City jelas keletihan dan gagal mengekalka­n rentak ketika gol Adama Traore memulakan kebangkita­n Wolves.

Raul Jimenez mengikat kedudukan dengan berbaki lapan minit permainan sebelum Matt Doherty menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-89.

“Ia gol yang boleh dielakkan tetapi kadang-kadang ia kerana keletihan. Ia sangat sukar untuk bertahan dengan 10 pemain dalam tempoh yang lama,” kata Guardiola.

“Tiada penyesalan, mereka melakukan segala-galanya untuk mempertaha­nkan kedudukan selama 80 minit tetapi ia ternyata sukar.”

City, yang kekal di tangga ketiga liga, kini ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool, yang juga kurang satu perlawanan dan menyebabka­n ia sukar untuk membayangk­an mereka mampu mempertaha­nkan kejuaraan liga untuk musim ketiga berturut-turut.

“Ia satu jurang yang sangat besar. Ia bukan satu saingan sebenar dari segi realitinya,” kata Guardiola.

“Saya sudah ditanya persoalan ini sejak sekian lama dan jawapannya adalah sama. Ia secara realitinya bukan tentang saingan kejuaraan liga.

“Kami harus memikirkan perlawanan seterusnya dan tentang memenangi perlawanan kami.”

Wolves, yang berada di tangga kelima liga ketika ini, memberikan kekalahan kedua City musim ini selepas menang 2-0 di Stadium Etihad pada bulan Oktober dan kemenangan juga meraikan kali pertama menewaskan dua kelab gergasi bola sepak di kota Manchester – Manchester United dan Manchester City – sejak 1960/1961.

Satu-satu kekecewaan buat Wolves ialah objek yang dibaling oleh penonton apabila City meraikan gol kedua mereka, satu insiden yang menyebabka­n Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris akan melancarka­n siasatan.

Pengadil perlawanan, Martin Atkinson dilihat menyerahka­n satu objek yang dibaling oleh penonton kepada pengadil simpanan ketika pengumuman kedengaran memberi amaran “tentang melarang penonton membaling objek ke dalam padang dan rakaman litar tertutup (CCTV) akan digunakan untuk mengesan pelaku.”

Ia adalah malam yang pahit buat Guardiola, di mana pasukannya sudah tewas lima perlawanan liga musim ini selepas hanya tewas empat kali musim lepas.

City kelihatan menghampir­i tahap terbaik mereka selepas kemenangan ke atas Arsenal dan Leicester tetapi mereka sememangny­a tidak membayangk­an permulaan terburuk di Molineux.

Apabila Diogo Jota melepasi pertahanan City, Ederson meninggalk­an posisinya lebih awal di pintu gol dan mengasari Jota, menyebabka­n beliau dilayangka­n kad kuning serta-merta oleh pengadil. Guardiola terpaksa mengeluark­an penyerang, Sergio Aguero untuk memasukkan penjaga gol simpanan, Claudio

Bravo.

City bangkit dengan membuka jaringan pada minit ke-25 tetapi diselubung­i kontrovers­i apabila Riyad Mahrez melakukan satu larian yang berakhir dengan bentesan Leander Dendoncker, menyebabka­n panel video bantuan pengadil (VAR) memberikan satu tendangan penalti.

Drama itu tidak berakhir di situ apabila penalti Sterling ditepis penjaga gol Wolves, Rui Patricio tetapi sekali lagi VAR campur tangan, menyebabka­n tendangan penalti diambil semula selepas pemain Wolves terlalu awal memasuki kotak penalti.

Sterling melakukan rembatan ke arah yang sama, tetapi walaupun Patricio berjaya menepis sekali lagi, bola muntah berjaya ditolak masuk ke pintu gol.

Apabila Sterling menambah jaringan pada minit ke-50,

City kelihatan mengawal permainan. Tetapi malam hebat Sterling bertukar malang apabila beliau kehilangan bola di tengah padang lima minit kemudian, membolehka­n Wolves melancarka­n serangan yang menghasilk­an gol pertama mereka.

Gol itu membakar semangat Wolves, yang melakukan serangan demi serangan dengan pemain City jelas keletihan di mana Benjamin Mendy juga gagal mengawal bola dengan kemas, membolehka­n Traore sekali lagi merampas bola sebelum melakukan umpanan kepada Jimenez untuk menjaringk­an gol penyamaan. Ketika pemain City membayangk­an satu mata sudah memadai selepas bermain 80 minit dengan 10 pemain, Doherty menjaringk­an gol kemenangan dari umpanan Jimenez untuk memastikan kemenangan berganda ke atas City musim ini.

 ?? — Gambar Reuters ?? BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton dan Manchester City di Stadium Molineux di Wolverhamp­ton, Britain.
— Gambar Reuters BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton dan Manchester City di Stadium Molineux di Wolverhamp­ton, Britain.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia