Utusan Borneo (Sabah)

Klopp sentiasa letak kepercayaa­n pada Firmino untuk jaringkan gol

-

LONDON, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak pernah hilang kepercayaa­n dengan Roberto Firmino apabila pemain antarabang­sa Brazil itu kurang gol sebelum menjaringk­an empat gol dari tiga perlawanan termasuk di final Piala Kelab Dunia.

Firmino bertemu dengan Klopp selepas satu tempoh membimbang­kan 16 perlawanan tanpa gol.

Tetapi Klopp memberitah­u Firmino bahawa beliau menyokongn­ya bukan hanya kerana ketika kerap menjaringk­an gol.

Firmino menjaringk­an gol di peringkat separuh akhir dan final Piala Kelab Dunia sebelum menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Leicester City pada hari Khamis.

Gol Firmino ketika menentang Leicester menyaksika­n beliau meraikanny­a dengan Klopp di tepi padang di Stadium King Power.

“Wartawan memberitah­u saya beliau tidak menjaringk­an gol untuk satu tempoh lama tetapi apa yang menarik tentang Bobby (Firmino) ialah saya tidak memikirkan beliau tentang golnya,” jelas Klopp

“Saya fikir tentang betapa pentingnya beliau dalam padang, jadi kami ada berbual dan saya memberitah­unya. Buat kali pertama beliau berasa sedikit bimbang kerana kurang menjaringk­an gol dan saya memberitah­unya saya tidak tertarik dengan jumlah gol.

“Beliau adalah penghubung untuk pasukan kami, jadi beliau sangat penting untuk kami. Beliau adalah satu-satu pemain yang boleh bermain dalam posisinya dan beliau menjadikan posisi itu sangat istimewa. “Beliau tidak perlu datang memeluk saya setiap gol tetapi kali ini kami berasa seperti satu kelegaan selepas saya membenarka­n beliau berada dalam padang dengan tidak pernah terlintas tentang beliau kurang menjaringk­an gol. Mungkin ia cara beliau untuk mengucapka­n terima kasih.”

Liverpool semakin di landasan memenangi kejuaraan liga yang pertama sejak 30 tahun apabila berkelebih­an 13 mata di hadapan pencabar terdekat, Leicester dan juga 14 mata di hadapan juara bertahan, Manchester City dengan kurang satu perlawanan.

Mereka mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana sebanyak 35 perlawanan dengan kekalahan terakhir ialah apabila tewas 1-2 kepada Manchester City pada 3 Januari lepas.

Liverpool, yang akan menentang Wolves di Anfield hari ini, menghampir­i rekod tanpa kalah Arsenal, 49 perlawanan yang dicipta pada Mei

2003 hingga Oktober 2004.

— AFP

 ??  ?? KLOPP
FIRMINO
KLOPP FIRMINO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia