Utusan Borneo (Sabah)

Arteta perlu kemenangan untuk kembalikan rentak Arsenal menanti kunjungan Chelsea di Stadium Emirates hari ini untuk aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris

-

“Secara perlahanla­han, kami perlu membina ia semula kepada apa yang sebelum ini kerana ia sesuatu yang penting ” untuk kami.

Mikel Arteta Pengurus Arsenal

LONDON, England: Pengurus baharu Arsenal, Mike Arteta, percaya kemenangan ke atas kelab jiran di ibu kota London, Chelsea, akan memberikan pasukannya rentak untuk mengubah nasib mereka.

Arsenal diikat 1-1 di Bournemout­h pada perlawanan pertama Arteta sebagai jurulatih kelab Khamis lepas, bermakna mereka hanya menang satu dari 14 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

Chelsea akan bertandang ke Stadium Emirates hari ini dengan harapan untuk cuba bangkit selepas dikejutkan 0-2 oleh Southampto­n Khamis lepas.

Arteta berharap Arsenal boleh mengambil peluang dari kekecewaan Chelsea dan memulakan semula musim mereka, dengan kelab berada di tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris.

“Saya fikir tenaga adalah segala-galanya, dalam kehidupan, dalam bola sepak, dalam sukan dan jika kami berupaya mendapatka­n tenaga ini ketika menentang Chelsea, ia akan memberikan kami semangat,” kata Arteta.

“Saya berasa sangat gembira dengan bagaimana penyokong melayani pemain di Bournemout­h dan saya berasa gembira di mana pemain bertemu dengan penyokong selepas perlawanan kerana kami memerlukan pertalian ini.

“Secara perlahan-lahan, kami perlu membina ia semula kepada apa yang sebelum ini kerana ia sesuatu yang sangat penting untuk kami.

“Chelsea adalah pasukan yang hebat, jadi ia benar-benar ujian yang baik untuk kami.” Arteta menyedari bahawa beliau perlu memastikan pemain menerima corak permainann­ya dalam usaha untuk memenangi hati penyokong, yang kerap menyuaraka­n rasa tidak gembira dengan prestasi Granit Xhaka, Mesut Ozil dan juga pasukan secara keseluruha­nnya.

“Pertama sekali, saya memerlukan pemain dan jika saya dapat meyakinkan pemain, kami boleh meyakinkan penyokong tetapi ya, saya fikir ia adalah satu tugas yang penting dalam jawatan ini,” kata Arteta ketika merujuk kepada mendapatka­n sokongan padu dari penyokong kelab.

“Kami bermain untuk mereka. Pada akhirnya, mereka mempunyai jangkaan yang tinggi dari kami. Kami harus memberikan mereka kegembiraa­n, kami harus memastikan kehidupan mereka lebih bagus dan apabila kami menang, mereka akan mengharung­i kehidupan lebih baik kerana mereka akan berasa lebih gembira.”

 ??  ?? ARTETA
ARTETA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia