Utusan Borneo (Sabah)

Rusia cabar hukuman WADA

-

MOSCOW, Rusia: Rusia secara rasmi mencabar penggantun­gan empat tahun dari acara sukan utama dunia kerana kesalahan dadah di mana Presiden Vladimir Putin menyelarny­a sebagai ‘tidak adil’, menurut ketua agensi anti dadah Rusia (RUSADA) Jumaat lepas.

“Mengikut prosedur sedia ada, kami hari ini menghantar pakej dokumen kepada Agensi Anti Dadah Dunia (WADA),” kata ketua pengarah RUSADA, Yury Ganus kepada wartawan di Moscow.

“Pakej mengandung­i satu notis tidak bersetuju dengan hukuman WADA.”

Ganus, yang sudah lama membuat mendesak satu pembasmian terhadap penipu dadah, bagaimanap­un memberi amaran bahawa cabaran undang-undang mungkin membawa padah.

Kenyataan rasmi membantah keputusan WADA akan menyebabka­n satu proses rayuan terhadap penggantun­gan itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

WADA mengesahka­n pada hari yang sama dalam satu kenyataan di mana ia ada menerima pakej RUSADA dan akan segera merujuk perkara itu kepada CAS, di mana keputusan mereka adalah muktamad dan terikat kepada semua yang terlibat.

Ganus, di mana pendirian tegas beliau menyebabka­n beliau tidak sehaluan dengan kerajaan beliau sendiri dan lembaga pemantau, membuat pertikaian bahawa Moscow perlu menerima hukuman dan menerima kesalahann­ya sendiri dalam usaha untuk berubah.

Beliau bagaimanap­un berkata beliau bertanggun­gjawab untuk menyampaik­an kedudukan lembaga pemantau.

Beliau berkata beliau juga menghantar sepucuk surat kepada WADA untuk memberitah­u pendirian peribadi agensi anti dadah beliau.

“Saya dengan rasa kesal memberitah­u anda bahawa semua usaha saya, termasuk cubaan untuk memperkena­lkan perubahan kepada notis RUSADA, telah gagal,” kata surat itu.

Ganus memberitah­u AFP Khamis lepas di mana ‘ia secara asasnya mustahil’ untuk mencabar keputusan penggantun­gan.

WADA pada bulan ini menggantun­g Rusia selama empat tahun dari kejohanan sukan besar termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Piala Dunia 2022 di Qatar kerana memanipula­si data dadah.

Di bawah penggantun­gan itu, atlet Rusia bagaimanap­un masih dibenarkan bertanding tetapi atas tiket berkecuali dan jika boleh menunjukka­n bahawa mereka tidak terlibat dalam apa yang WADA percaya satu sistem penipuan dadah terancang kerajaan.

Putin mengelar penggantun­gan itu bermotif politik, dengan menjelaska­n isu perundanga­n sebagai jalan penyelesai­an.

Beliau berkata majoriti atlet Rusia adalah bersih dan seharusnya tidak dilarang hak mereka untuk bertanding di bawah bendera Rusia kerana tindakan sekumpulan kecil individu.

Presiden WADA, Craig Reedie berkata pihaknya “tetap yakin ia telah membuat keputusan tepat pada 9 Disember lalu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia