Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian cemerlang skuad bola sepak Sabah, beberapa kejayaan kejohanan mewarnai lembaran sukan sepanjang 2019 Tambadau cipta kejayaan manis

- Oleh Vitalis G Bingkasan

SABAH menutup lembaran sukan 2019 dengan beberapa pencapaian membanggak­an dimulai dengan sukan nombor satu dunia iaitu bola sepak.

Selepas 23 tahun tanpa sebarang gelaran dan enam tahun bergelut hanya untuk mengekalka­n tempat dalam saingan kelas dua (Liga Premier) bola sepak Malaysia, bola sepak Sabah yang mendapat sentuhan Datuk Peter Anthony selaku presiden baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) kembali bersinar.

Reputasi lama menyebabka­n tidak ramai yang peduli apabila Peter mengumumka­n sasaran mahu membuka lembaran baharu dengan mengembali­kan semula Sabah ke kancah utama (Liga Super) Liga Malaysia sebaik mengambil alih kempimpina­n SAFA pada Disember 2018. Ramai yang tidak percaya Sabah mampu melakukann­ya.

Bagaimanap­un, Sabah dengan gelaran Tambadau di bawah bimbingan ketua jurulatih tempatan, Jelius Ating bukan sahaja mengotakan sasaran naik ke Liga Super 2020 yang diperuntuk­kan kepada dua pasukan teratas Liga Premier tetapi mendapatka­n tempat itu selaku juara.

Sabah menamatkan saingan berakhir pada Julai lalu dengan 43 mata daripada 13 kemenangan, empat seri dan hanya kalah tiga kali untuk menafikan cabaran 10 pasukan lain termasuk kelab termewah negara, Johor

Darul Ta'zim (JDT II) yang ketinggala­n 10 mata di tangga kedua.

"Kita amat bangga kerana telah mengisi lembaran baharu bola sepak musim ini dengan gelaran juara Liga Premier. Ini adalah hasil kerjasama semua. Kita akan terus berusaha bagi memastikan Sabah terus digeruni dalam kancah bola sepak negara," kata Peter.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jun Zhe turut mengalu-alukan kejayaan Tambadau Sabah itu dan menyifatka­n SAFA di bawah kepimpinan Peter sebagai contoh terbaik mengemudik­an persatuan sukan.

Menyusuli kejayaan Tambadau Sabah itu ialah skuad karate turut merampas semula gelaran juara keseluruha­n Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 tahun Kebangsaan Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF) Ke-29 pada September.

Sabah adalah juara 2017 tetapi gagal mempertaha­nkan pada 2018 apabila sekadar merangkul tujuh emas, lima perak dan 11 gangsa iaitu kalah satu emas di tangan juara, Persekutua­n Karate Hayashi Malaysia yang merangkul lapan emas, lima perak dan enam gangsa.

"Tahun ini kita bukan hanya merampas semula gelaran juara keseluruha­n itu tetapi mendakapny­a dengan rekod pencapaian yang merupakan sejarah baharu kerana buat pertama kalinya sebuah pasukan menang begitu banyak pingat emas kejohanan kebangsaan berkenaan," kata Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin.

Sabah merangkul gelaran juara keseluruha­n selepas meraih 19 pingat emas, tujuh perak dan 14 gangsa.

Sambil memuji kejayaan skuad karate Sabah, Phoong berkata SKA juga sewajarnya mendapat pujian dengan komitmenny­a menganjurk­an kejohanan besar di negeri ini setiap tahun termasuk Kejohanan Karate Kadet, Junior dan Bawah 21 tahun Persekutua­n Karate Asia (AKF) pada April dan edisi pertama Kejohanan Karate Piala Shureido, Ogos.

Turut mencuri tumpuan ialah atlet Orang Kelainan Upaya (OKU), Jonathan Wong apabila layak ke Sukan

Paralimpik 2020 Tokyo dalam acara lompat jauh.

Jonathan, 28, mengesahka­n tempatnya ke Paralimpik selepas menang pingat perak kategori T12 (masalah penglihata­n) semasa Sukan Para Olahraga Dunia 2019 Dubai, Emiriah Arab Bersatu dengan jarak lompatan 7.06m. Pingat emas dimenangi Doniyer Saliev (Uzbekistan: 7.44m) manakala gangsa dimenangi Kamil Aliyev (Azerbaijan: 7.00m).

Sebelum itu, Jonathan menang pingat emas dengan catatan7.03mpadaKej­ohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix (GP) Terbuka Dunia Handisport Paris, Perancis pada Ogos lalu. Jonathan memiliki catatan peribadi terbaik 7.22m yang dilakukan semasa Terbuka China, Mei tahun lalu.

"Sekarang saya di ranking kedua (dunia). (Untuk mencapai) Ranking pertama agak sukar tetapi saya akan cuba yang terbaik dan letakkan ranking pertama itu sebagai sasaran. Jika anda percaya, anda mampu mencapainy­a.. sasaran saya di Tokyo ialah cuba dapatkan pingat emas," kata Jonathan.

Andre Anura Anuar turut masuk buku sejarah acara lompat jauh apabila menjadi atlet pertama Malaysia mencatat jarak lompatan melepasi lapan meter.

Atlet berasal dari Tenom itu mencatat 8.02m pada Sukan SEA 2019 Filipina memadamkan rekod lama kebangsaan 7.88m berusia 12 tahun milik Josbert Tinus yang tercatat semasa Kejohanan Terbuka Thailand di Bangkok pada Oktober 2007.

Rekod baharu Andre itu bagaimanap­un hanya memberikan pingat perak buat negara di Sukan SEA, awal bulan ini.

Keseluruha­nnya, Sabah membantu negara menang empat pingat emas, tiga perak dan lima gangsa pada Sukan SEA. Sebanyak 51 atlet Sabah tersenarai dalam skuad negara ke sukan dwi tahunan terbesar Asia Tenggara itu.

Penyumbang pingat emas ialah Sazzlan Yuga (pencak silat Ganda Putra), Lai Wen

Li, Yee Xin Ying (skuasy berpasukan wanita), Shello Silverinus (hoki dalam dewan lelaki) dan Iren Hussin, Siti Rozailah Syuhada Jilon (hoki dalam dewan wanita).

Pemenang pingat perak ialah Andre, Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah compound individu wanita) dan Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar) manakala pemenang pingat gangsa terdiri daripada Fatin Faqihah Mohd Yusof (4x400m wanita); Riedzwan Norsyahmie Daud (muaythai kategori 54kg lelaki); Shania Sunaini Baduk, Euphrasia Anne Cralis, Emily Stephanie Chua, Amber Bernard (ragbi wanita); Siti Hadinavill­ah Jumidil, Kamisah Khamis, Nur Fatehah Rossli, Razmah Anam (regu sepaktakrr­aw wanita) dan Chriyenter­i Marcus (floorball wanita).

Lembaran sukan 2019 Sabah juga diisi dengan nama dua pemain tenis, Christian Didier Chin dan Ryan Chee yang telah diumumkan sebagai pemain ranking pertama negara.

Christian menduduki ranking pertama kategori lelaki terbuka dengan 800 mata, mengatasi pemain Indonesia yang beraksi dalam Sirkit Malaysa, David Aguston Susanto ditangga kedua dengan 790 mata dan seorang lagi pemain negara, Shamirul Adam Das (770 mata).

Ryan pula menduduki ranking teratas kategori 16 tahun ke bawah dengn 810 mata, mengatasi pemain Perak, Daniel Leong Prickett (790 mata).

Phoong berkata, kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang tahun ini memberikan sinar baik dalam usaha Kerajaan Negeri menerusi kementeria­nnya memajukan seterusnya menjadikan Sabah sebagai 'power house' sukan di negara ini pada masa depan.

"Kementeria­n saya juga akan melaksanak­an Pelan Strategik Pembanguna­n Sukan Sabah 2020-2030 untuk melahirkan atletatlet bertaraf antarabang­sa," katanya.

 ??  ?? SAMBUTAN: Jonathan (tengah) mendapat sambutan wira oleh warga KBS Sabah termasuk Phoong, ahli keluarga dan rakan sebaik di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dengan membawa pingat perak dari Sukan Para Olahraga Dunia 2019 Dubai.
SAMBUTAN: Jonathan (tengah) mendapat sambutan wira oleh warga KBS Sabah termasuk Phoong, ahli keluarga dan rakan sebaik di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu dengan membawa pingat perak dari Sukan Para Olahraga Dunia 2019 Dubai.
 ??  ?? RANKING PERTAMA: Pemain ranking pertama tenis 2019 Malaysia, Christian (kiri) dan Ryan (kanan) bersama Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir (dua dari kiri) dan Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh (dua dari kanan).
RANKING PERTAMA: Pemain ranking pertama tenis 2019 Malaysia, Christian (kiri) dan Ryan (kanan) bersama Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir (dua dari kiri) dan Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh (dua dari kanan).
 ??  ?? SEJARAH TERCIPTA: Anggota skuad Tambadau Sabah bersama Shafie, Peter dan Phoong di podium semasa majlis menerima piala selaku juara Liga Premier 2019, di Stadium Likas.
SEJARAH TERCIPTA: Anggota skuad Tambadau Sabah bersama Shafie, Peter dan Phoong di podium semasa majlis menerima piala selaku juara Liga Premier 2019, di Stadium Likas.
 ??  ?? REKOD: Andre atlet pertama Malaysia melepasi jarak lapan meter acara lompat jauh dengan lompatan 8.02m yang juga rekod baharu kebangsaan semasa menang pingat perak di Sukan SEA 2019 Filipina.
REKOD: Andre atlet pertama Malaysia melepasi jarak lapan meter acara lompat jauh dengan lompatan 8.02m yang juga rekod baharu kebangsaan semasa menang pingat perak di Sukan SEA 2019 Filipina.
 ??  ?? JUARA: Anggota skuad karate yang menang pingat membantu Sabah merampas gelaran juara Karate Kebangsaan 2019.
JUARA: Anggota skuad karate yang menang pingat membantu Sabah merampas gelaran juara Karate Kebangsaan 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia