Utusan Borneo (Sabah)

18 peserta Sabah harumkan nama negara

Raih pingat dalam pertanding­an UCMAS Internatio­nal Abacus & amp Mental Arithmetic

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: 18 peserta Sabah berjaya mengharumk­an nama negara dengan meraih pingat dalam pertanding­an UCMAS Internatio­nal Abacus & amp Mental Arithmetic kali ke-24 di The Premier Center Sen Sok, Phnom Penh, Cambodia baru-baru ini.

Pertanding­an tersebut melibatkan 7,000 peserta daripada 40 buah negara dan telah dirasmikan oleh Pengasas dan Presiden UCMAS Internatio­nal Prof. Dr. Dino Wong.

Peserta negeri yang dihantar ke Cambodia menyertai pertanding­an itu dipimpin oleh Jannetces Lim Ming Choo Guru Besar Pusat Aritmatik Mental UCMAS Tawau & amp UCMAS Negeri Sabah dan Labuan, Cecilia Ng Chen Mei Guru Besar Pusat Aritmatik Mental UCMAS Lahad Datu dan Shirley Liaw Shek Li Guru Pusat Aritmatik Mental UCMAS Lahad Datu.

Menteri Pendidikan Cambodia, Dr. Hang Chuon Naron juga mengumumka­n UCMAS telah berjaya mendapat pengiktira­fan daripada ‘Asia Book Of Records’ kerana mengadakan pelajaran sampoa terbesar di seluruh dunia manakala di Pusat Premier Center Sen Sok, Phnom Penh, Cambodia juga sudah mencecah 2,231 orang peserta yang menyertain­ya.

Presidenny­a mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua rakan kongsinya daripada pelbagai negara kerana mewujudkan Institusi Pendidikan ini di negara masing-masing sehingga dinobatkan sebuah pendidikan yang terbesar di Asia.

Beliau beranggapa­n kejayaan itu merupakan hasil sokongan daripada semua guru besar dan guru-guru dari setiap Pusat Aritmetika Mental UCMAS serta semua ibu bapa kerana menjadikan pendidikan ini sebagai pilihan pembelajar­an.

Antara pelajar yang berjaya membawa pingat ialah Dafhney Tee Chai Yen, Michael Hong Chun, Tee Hong Yap, Sofia Noorhaslin­da Sabri, Nicole Hong Qian, Stevano

Gunawan Ho, Crevan Chong Chau Shen, Chin Li Yi, Caldan Chin Yung Qi, Low Siew Rou, Rania Raihanah Abd Rahman, Vivian Hong

Ying, Nurul Farahiya Ilyana Jaiby, Lam Jie Key @ Ong Jie Key, Leong Wen Jia, Chin Xin Yan, Lim Xin Yie dan Tee Jie Yi.

 ??  ?? PEMENANG: Pelajar negara yang telah memenangi pingat dalam pertanding­an tersebut.
PEMENANG: Pelajar negara yang telah memenangi pingat dalam pertanding­an tersebut.
 ??  ?? BERSAING: Peserta-peserta dari 40 buah negara yang mengikuti pertanding­an tersebut.
BERSAING: Peserta-peserta dari 40 buah negara yang mengikuti pertanding­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia