Utusan Borneo (Sabah)

22 tan sampah berjaya dikumpul

600 orang jayakan Program Gotong-Royong Perdana Kg. Tg Aru Baru

- Oleh Hassim Hj. Othman

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,200 karung bersamaan 22 tan sampah berjaya dikumpul sempena Program Gotong-Royong Perdana anjuran MPKK dan Ketua Kampung Tanjung Aru Baru.

Program empat hari, yang bermula pada 25 Disember hingga 28 Disember itu telah dirasmikan bersama oleh Ahli Parlimen P.173 Putatan Ag. Husaini Datuk Hj. Ag. Sahari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru Datuk Junz Wong dan Datuk Ag. Ahmadshah Datuk Hj. Ag. Sahari Pengerusi Ko-Nelayan Negeri Sabah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Tg. Aru Baru Zainal Abidin Husin berkata, program ini telah dijayakan lebih 600 penduduk Kg. Tanjung Aru Baru dan turut dibantu oleh pihak Dewan Bandara Kota Kinabalu (DBKK), pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, KPLB, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), NGO MASESA dan K.I.T.A., dan AJK Surau.

“Program ini dianjurkan bagi mendidik penduduk kampung betapa pentingnya menjaga kebersihan demi mencegah jangkitan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus.

“Syukur Alhamuduli­llah program yang dianjurkan ini mendapat kerjasama yang baik dan padu daripada semua penduduk Kg. Tg. Aru Baru,” jelasnya.

Menurut Zainal, program ini juga telah mendapat suntikan geran berjumlah RM10,000 oleh kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB),” katanya dan menambah penganjura­n kali pertama ini amat berjaya dan memberangs­angkan.

Gambur Minin Wakil Ketua Anak Negeri yang juga AJK

Bahagian P.173 Putatan dalam pada itu menyambut baik Program Gotong-Royong Perdana yang dianjurkan di Kg. Tg. Aru Baru berkenaan.

“Tahniah kepada Pengerusi MPKK, Ketua Kampung Kg. Tg. Aru Baru, serta masyarakat Kg. Tg. Aru Baru dan Lama yang menjayakan program ini,” katanya.

Katanya, program gotongroyo­ng ini adalah satu manfaat bagi semua masyarakat kampung khasnya di kawasan DUN Tanjung Aru.

“Saya berharap usaha sebegini akan diteruskan bila-bila masa, sehingga kampung ini dikategori­kan sebagai kampung yang terbersih di seluruh negeri Sabah.

Gambur seterusnya mengharapk­an semua masyarakat di Kg. Tg. Aru Baru ini akan sentiasa menjaga kebersihan kampung, agar kawasan Kg. Tg. Aru Baru ini akan terus sentiasa bersih dan indah.

Dalam pada itu pihak Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) sentiasa ringan tangan untuk membantu pihak-pihak memerlukan baik program gotong-royong dan sebagainya.

Ketua Perhubunga­n RELA Kawasan Tanjung Aru Herman Mohamed berkata, program gotong-royong yang diadakan seperti hari ini memang amat baik untuk masyarakat di sesuatu kawasan.

 ??  ?? GUMBUR
GUMBUR
 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL
 ??  ?? SEDIA MEMBANTU: Herman (belakang, lima kiri) bersama anggota RELA yang menyertai Program Gotong-Royong Perdana merakamkan kenangan.
SEDIA MEMBANTU: Herman (belakang, lima kiri) bersama anggota RELA yang menyertai Program Gotong-Royong Perdana merakamkan kenangan.
 ??  ?? TERBAIK: Zainal (kanan) bersama beberapa penduduk bergambar berlatarbe­lakangkan longgokan guni-guni sampah yang dikumpul sebelum diangkut oleh pihak DBKK.
TERBAIK: Zainal (kanan) bersama beberapa penduduk bergambar berlatarbe­lakangkan longgokan guni-guni sampah yang dikumpul sebelum diangkut oleh pihak DBKK.
 ??  ?? TURUN PADANG: Ag. Husaini bersama pemimpin setempat dan masyarakat Kg. Tg. Aru merakamkan kenangan sempena program itu.
TURUN PADANG: Ag. Husaini bersama pemimpin setempat dan masyarakat Kg. Tg. Aru merakamkan kenangan sempena program itu.
 ??  ?? PUNGGAH: Himpunan guni sampah yang dikumpul sedia diangkut oleh lori-lori pihak DBKK.
PUNGGAH: Himpunan guni sampah yang dikumpul sedia diangkut oleh lori-lori pihak DBKK.
 ??  ?? KERJASAMA: Penduduk kampung bekerjasam­a mengumpul sampah-sampah yang telah dimuatkan di dalam guni.
KERJASAMA: Penduduk kampung bekerjasam­a mengumpul sampah-sampah yang telah dimuatkan di dalam guni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia