Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan ketua kaum secara demokrasi, ikut adat: Penguang

-

MIRI: Pemilihan ketua kaum dilakukan secara demokrasi dan mengikut adat kaum masing-masing.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, pemilihan ketua kaum juga perlu diuruskan oleh Pegawai Daerah.

“Saya juga menekankan bahawa saya tidak campur tangan dengan pemilihan ketua kaum,” tegas beliau pada Pesta Tahunan Persatuan Tipun Penan Zon Tinjar Tengah 2019 dan Sambutan Hari Krismas di Rumah John Mat (Rumah Penghulu Larek Mat) di Bukit Jelutong Lapok pada.

Majlis tersebut juga sempena meraikan pelantikan Penghulu Larek sebagai Penghulu Penan pertama di daerah Beluru, pelantikan ketua kaum baharu iaitu John Mat dan sambutan Pra-Tahun Baru 2020.

Beliau meminta ketua kaum untuk tidak terlalu taksub berpolitik sehingga mengabaika­n kebajikan dan pembanguna­n penduduk kampung.

“Anda adalah penghubung antara kerajaan dan rakyat. Kita harus mempertaha­nkan keharmonia­n dan perpaduan yang telah kita bina selama ini,” tambahnya.

Beliau yang juga ADUN Marudi mahu setiap ketua kaum untuk kerap berhubung dengan agensi pelaksana untuk memastikan projek yang dilaksanak­an mengikut spesifikas­i yang ditetapkan.

Beliau berterima kasih kepada semua masyarakat Penan atas sokongan dan kerjasama mereka kepada kerajaan selama ini.

Dalam pada itu, pesta dijayakan bersama enam kediaman masyarakat Penan iaitu Rumah John Mat, Rumah Wen Magelit, Rumah Paberi Magelit, Rumah Paking Idoi,

Rumah Agnes Ngerega dan Rumah Galau Upau.

“Semangat seperti ini perlu dikekalkan dan dipertahan­kan dan saya juga menyeru masyarakat Penan untuk terus memberi kerjasama kepada kerajaan terutamany­a Pegawai Daerah,” katanya.

Pada majlis tersebut, Penguang turut menyampaik­an cek projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM40,000 kepada empat penerima.

Mereka ialah JKKK Rumah John Mat (RM15,000), Biro Wanitanya (RM5,000), JKKK Rumah Ebi Sawieng (RM10,000) dan JKKK Sungai Entulang (RM10,000).

Selain itu, beliau mengumumka­n peruntukan tambahan projek RTP 2020 Dewan Petipun di Rumah Wen Magelit berjumlah RM140,000, tambahan kepada peruntukan RTP 2019 berjumlah RM200,000 untuk dewan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia