Utusan Borneo (Sabah)

PKR Sarawak sedia timbang kerusi untuk beri laluan kepada BERSATU: Baru

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak sedia mempertimb­angkan kerusi untuk memberi laluan kepada rakan parti komponen Pakatan Harapan (PH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu( BERSATU) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang dijangka diadakan pada 2021.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata, jika BERSATU ada mengemukak­an surat untuk memohon bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pihaknya sedia mempertimb­angkannya.

Namun Menteri Kerja Raya itu berkata, BERSATU buat masa ini tidak memberikan sebarang petunjuk yang kuat bahawa akan bertanding di kawasan khusus tertentu pada PRN12.

“Kita akan melihat kemungkina­n bagi sebarang permintaan daripada mereka, dan kita akan pertimbang­kan.

“Yang penting sekali, sama ada mereka ada orang yang dapat menang di tempat (DUN) masing-masing,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas sidang media filem aksi moden Iban ‘Bungai Ngerembai’ di sebuah restoran di sini, semalam.

Jelas Baru, bagi beliau, itulah prinsip yang menjadi pegangan PH iaitu calon boleh menang, bukan sahaja untuk BERSATU, tetapi bagi PH dan PKR.

Dalam pada itu, beliau menegaskan PKR Sarawak sentiasa siap sedia untuk menghadapi PRN12 nanti.

“Kita semua tahu bahawa ada berita yang menyebut bahawa ia (PRN12) akan diadakan pada April, Ogos, September, malah pada 2021.

“Tidak kira apapun semua berita yang kita dengar, bagi PH, kita sudah menyediaka­n persiapan sejak tahun lepas, saya tahu bahawa parti komponen lain dalam pakatan kita sudah mengenal pasti calon tertentu di kawasan tertentu,” tegasnya.

Malah, beliau berkata PKR sudah menerima arahan untuk bergerak dan memperting­katkan lagi usaha di peringkat akar umbi pada 2020.

“Pada Januari, saya telah diberi arah anyang sangat khusus untuk benar-benar bergerak di lapangan.

“Tiada yang dapat menggantik­an langkah turun padang dan pergi ke lapangan untuk menyampaik­an dasar kerajaan baharu kepada rakyat dan mengetahui per masalah n rakyat ,” tegasnya.

Selain itu, beliau memberitah­u, peruntukan untuk setiap calon PH bagi bertanding pada PRN12 nanti bukan satu masalah besar.

“Soal peruntukan tempat bertanding, bukan masalah besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Baru berkata, masih terdapat pertindiha­n kerusi antara parti komponen PH di negeri ini.

“Kita akan menyelesai­kannya apabila tiba masanya nanti,” tegasnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia