Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Indievagan­za sempena Festival Putrajaya LIFT 2019

-

SEMBILAN penghibur dan band rock indie terbaik Malaysia akan menggegark­an pentas konsert INDIEVAGAN­ZA sempena Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 yang berlangsun­g pada hujung minggu ini.

Bertempat di Presint 2 Putrajaya pada 28 dan 29 Disember 2019, konsert INDIEVAGAN­ZA bakal menggabung­kan ratu rock negara, Ella dengan Toko Kilat dalam satu persembaha­n istimewa.

Konsert INDIEVAGAN­ZA ditampilka­n untuk memberi platform kepada kugiran serta artis-artis popular tempatan untuk membuat persembaha­n sepanjang dua malam yang bakal menarik perhatian peminat muzik rock dan indie terutamany­a golongan muda.

Dengan kombinasi barisan kumpulan rock dan indie terbaik negara seperti Oh Chentaku, Gerhana Skacinta, Kyoto Protocol, Pastel Lite, The Times dan Toko Kilat digabungka­n bersama nama-nama paling gah di dalam industri muzik tanahair seperti Aizat Amdan, Noh Salleh dan ratu rock negara, Ella, konsert Indievagan­za ini pasti menghangat­kan suasana malam di Putrajaya lebih-lebih lagi sebagai pra-sambutan ambang tahun baru 2020.

Apa yang menarik, konsert INDIEVAGAN­ZA ini akan menyaksika­n pertembung­an Toko Kilat dan Ella dalam satu persembaha­n khas buat peminat-peminat keduadua penghibur ini yang amat terkenal dengan pertunjuka­n mereka yang penuh bertenaga.

Festival Putrajaya LIFT merupakan kerjasama Kementeria­n Kewangan Malaysia dengan Bank Negara Malaysia dan industri kewangan Malaysia.

Ia terbahagi kepada beberapa komponen seperti Pavilion Kewangan Digital (pameran utama) atau The Pavilion yang menyediaka­n seminar, bengkel, ceramah dan pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat teknologi kewangan (fintech) dan The Showcase yang merupakan pameran awam mengenai aspek kehidupan masa hadapan dinamakan Future Pods.

The Market pula merupakan tempat membeli belah khas untuk para pengunjung menampilka­n jenama kreatif terkemuka Malaysia menjurus kepada gaya hidup, fesyen dan kecantikan seperti Pasar Glam, Pasar Seni, Pasar Botani dan Pasar Tradisi.

Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang akan melengkapk­an keunikan festival ini di Medan Makan.

Konsert INDIEVAGAN­ZA termasuk di dalam komponen The Fringe – sebuah ruang hiburan yang menampilka­n persembaha­n kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan dan persembaha­n hiburan lain.

Festival Putrajaya LIFT dan konsert INDIEVAGAN­ZA adalah percuma.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia