Utusan Borneo (Sabah)

Hertha harap dapat tambat Xhaka

-

BERLIN, Jerman: Kelab Bundesliga Jerman, Hertha Berlin, berharap untuk mencapai persetujua­n dengan kelab Arsenal untuk mendapatka­n Granit Xhaka menjelang akhir minggu hadapan.

Hertha, yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Jerman, Jurgen Klinsmann, mahu mendapatka­n pemain tengah antarabang­sa Switzerlan­d itu menjelang kem latihan pasukan pada pertengaha­n musim.

Hertha akan berlepas ke Florida, Amerika Syarikat (AS) pada hari Jumaat depan dengan pasaran perpindaha­n pemain sudah dibuka dua hari lebih awal.

Xhaka mengulangi keputusann­ya un- tuk meninggalk­an Arsenal selepas tidak sehaluan dengan penyokong kelab, pengurusan kelab dan juga jurulatih baharu, Mikel Arteta, menurut ejen pemain itu.

Berikutan dengan perbalahan yang menyebabka­n Xhaka hilang jawatan sebagai kapten pasukan, Arsenal membuat keputusan untuk menjual dan mengenal pasti Bundesliga

Jerman sebagai destinasi potensi beliau.

Xhaka masih dikagumi di Jerman selepas pernah beraksi bersama Borussia Monchengla­dbach. Arteta cukup kagum dengan Xhaka dan menurunkan­nya dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan pertama beliau sebagai pengurus kelab ketika seri 1-1 dengan Bournemout­h Khamis lepas.

Ia bagaimanap­un tidak mengubah apa-apa dengan Xhaka sudah kelihatan berpatah hati.

Xhaka perpindah ke Arsenal dengan yuran perpindaha­n bernilai 35 juta pound pada 2016 dan kontrak semasa beliau berakhir pada 2023. Hertha difahamkan sudah bersetuju terma peribadi dengan Xhaka, menurut perwakilan­nya dan berharap mengambil sepenuh peluang dari situasi tidak menentu mengenai masa depannya dengan yuran perpindaha­n lebih murah berbanding desakan Arsenal menuntut bayaran untuk baki kontraknya. — Reuters

 ??  ?? XHAKA
XHAKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia