Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Liverpool’ sangat sukar untuk dihalang’

-

LONDON, England: Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers percaya ia adalah ‘sangat sukar untuk menghalang’ Liverpool dari memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. Liverpool kini memiliki kelebihan 13 mata di tangga teratas liga selepas membelasah Leicester 4-0 di Stadium King Power Khamis lepas. Rodgers berkata bekas kelabnya, yang menang 17 dari 18 perlawanan liga setakat musim ini, pastinya sukar dihalang. “Tiada keraguan bahawa mereka sememangny­a sangat sukar untuk dihalang. Pasukan yang hebat, keyakinan yang cukup tinggi,” kata beliau pada satu sidang media.

“Mereka sudah menjadi pemenang sekarang dan belum tewas begitu banyak perlawanan dalam tempoh 18 bulan, jadi untuk tewas perlawanan, ia perlu berlaku pada separuh kedua musim tetapi mereka memiliki pemain hebat sekarang, pengalaman dan kualiti yang cukup untuk kekal fokus dan melaksanak­an tugas (memenangi kejuaraan).

“Masih ada banyak lagi perlawanan tetapi dalam beberapa perlawanan terakhir, kami berdepan dengan dua pasukan terbaik liga.” Dua gol Roberto Firmino dan masing-masing satu gol dari James Milner dan Trent Alexander-Arnold menyaksika­n Liverpool mencipta kemenangan selesa ke atas pasukan yang berada di tangga kedua liga.

Alexander-Arnold juga mengumpan dua gol dan Rodgers memberikan pujian yang tinggi kepada pemain pertahanan kanan Liverpool itu.

“Apabila saya melihat beliau, bermain di bahagian pertahanan sebagai pemain tengah. Umpananump­anan yang beliau lakukan cukup hebat untuk seorang pemain yang masih muda,” kata beliau.

“Sememangny­a beliau seorang pemain tengah di Liverpool ketika masih remaja. Kualiti beliau, umpanannya dan pengalaman yang beliau perolehi sejak beberapa tahun yang lalu, ia menyaksika­n (pengurus Liverpool), Jurgen Klopp melakukan tugas yang hebat.

“Anda melihat beliau menjaringk­an gol, dan kemudian beralih ke posisi membantu pasukan bertahan, beliau sentiasa ada membantu serangan dan jaringan beliau dari luar kotak penalti juga luar biasa sekali.

“Kami juga memiliki pemain seperti beliau di Leicester – Ricardo Pereira, beliau cukup hebat musim ini dan sejak saya tiba di kelab ini tetapi Trent berada di senarai teratas dan sememangny­a pemain pertahanan kanan nombor satu England dan bermain dengan konsistens­i di peringkat tertinggi.”

 ??  ?? RODGERS
RODGERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia