Utusan Borneo (Sabah)

PUSPANITA Cawangan Sabah santuni 10 pelajar kurang mampu

-

KOTA KINABALU: Sempena sesi persekolah­an yang bermula pada 2 Januari, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah menyantuni 10 pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Pengerusin­ya, Datin Nuinda Alias menyampaik­an sumbangan keperluan sekolah seperti beg, alat tulis serta pakaian seragam bagi meringanka­n beban ibu bapa, sekali gus memberikan motivasi kepada para pelajar terlibat.

Beliau yang juga Pengetua Cemerlang Jusa C Maktab Sabah menyampaik­an sumbangan berkenaan pada Perhimpuna­n Sesi Persekolah­an Tahun 2020 dan melancarka­n ‘Amalan Budaya Penyayang’ serta Program ‘Back To School’ di Maktab Sabah. — Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? SAMBUT PELAJAR: Nuinda (kanan) menyambut ketibaan pelajar di pintu utama sekolah.
SUMBANGAN: Nuinda (tengah) menyampaik­an bantuan keperluan persekolah­an kepada pelajar yang terpilih.
SAMBUT PELAJAR: Nuinda (kanan) menyambut ketibaan pelajar di pintu utama sekolah. SUMBANGAN: Nuinda (tengah) menyampaik­an bantuan keperluan persekolah­an kepada pelajar yang terpilih.
 ??  ?? KENANGAN: Nuinda (lima kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Kecil Pendidikan PUSPANITA Sabah.
KENANGAN: Nuinda (lima kiri) bersama Ahli Jawatankua­sa Kecil Pendidikan PUSPANITA Sabah.
 ??  ?? LANCAR: Nuinda (tiga kanan) melakukan gimik pelancaran Amalan Budaya Penyayang dan Jom Ke Sekolah.
LANCAR: Nuinda (tiga kanan) melakukan gimik pelancaran Amalan Budaya Penyayang dan Jom Ke Sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia