Utusan Borneo (Sabah)

Munduk Ruhiang: Cerita rakyat ke pentas teater muzikal

-

NASKHAH Munduk Ruhiang (Tangisan Bukit Perahu) karya mahasiswa Major Teater dan Major Tari Seni Kreatif dengan kerjasama Stage Production Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadapta­si cerita rakyat daerah Tamparuli.

Teater muzikal ini mengisahka­n perjuangan seorang anak lelaki yang mahu menyelamat­kan ibunya serta penduduk kampung daripada malapetaka banjir namun berakhir dengan tragedi selepas dia berkahwin dengan wanita bunian.

Berlangsun­g di Dewan Resital UMS baru-baru ini, pemilihan naskhah adalah berdasarka­n usaha Artums dan Betro Production dalam memperkena­l cerita rakyat Sabah ke pentas teater bagi menunjukka­n keterampil­an budaya serta keunikan yang terdapat di negeri ini.

Penghasila­n karya seperti ini dilihat sebagai satu galakan untuk membuka mata masyarakat akan kepentinga­n memelihara cerita rakyat dan lagenda daripada pupus ditelan zaman.

Dengan menitik beratkan elemen nilai murni dan kemanusiaa­n, pementasan teater ini mengangkat isu kekeluarga­an dimana konflik seorang anak dalam memilih sama ada ibu atau isteri yang disayangin­ya.

Nilai estetika yang tersendiri apabila melibatkan watak manusia dan bunian dalam sebuah karya cerita rakyat atau lagenda yang terdapat di Sabah sangat berharga dan sangat penting untuk disebarkan.

Selain itu, dengan adanya pementasan teater muzikal sebegini, orang luar akan dapat melihat sendiri bahawa mahasiswa UMS juga mempunyai bakat dalam bidang teater.

 ??  ?? PRODUKSI: Barisan produksi yang menjayakan Teater Muzikal Munduk Ruhiang.
PRODUKSI: Barisan produksi yang menjayakan Teater Muzikal Munduk Ruhiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia