Utusan Borneo (Sabah)

Bot penambang langgar kapal, SAR disambung hari ini

- Oleh Yusop Teppo & Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan masih hilang dalam kejadian bot penambang berlanggar dengan sebuah kapal yang ditunda kapal pukat tunda di hadapan Pasar Besar Bandar Sandakan, pagi semalam.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Koperal Asman Ongkal.

Seramai 14 orang termasuk seorang juragan cedera dan kini dirawat di Hospital Duchess Of Kent.

Manakala 19 orang dirawat di kawasan Pasar Besar Sandakan oleh pihak hospital.

Dalam kejadian kirakira jam 5.50 pagi itu, bot penambang dipercayai membawa lebih 35 pelajar sekolah menengah, termasuk mangsa yang hilang dan juragan bot.

Bot penambang dikatakan dari arah Kampung Tanjung Aru menuju ke Pusat Bandar Sandakan.

Setiba di boya hadapan Pasar Besar, bot penambang berkenaan berlanggar dengan bot yang sedang ditunda oleh sebuah kapal.

Dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) dan sebuah bot Maritim Malaysia serta orang awam, kemudian membantu menyelamat­kan mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat diselarask­an oleh Maritim Malaysia dengan kerjasama Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam untuk mencari mangsa hilang.

Jurucakap Maritim Zon Sandakan Lt. Komander (M) Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata sewaktu kejadian, anggota PGA itu menyelamat­kan mangsa lain sebelum dilaporkan hilang.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat diperluask­an pada radius 2 batu nautika.

Suasana hiba di kawasan Jeti Pasar Sandakan apabila keluarga mangsa termasuk isterinya Roslina Sari mengharapk­an agar Asman ditemui dalam keadaan selamat.

Turut kelihatan pegawai kanan PGA tempat mangsa bertugas termasuk Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Supt Toipi Lamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata SAR ditangguhk­an pada jam 6.30 petang semalam.

Menurutnya, SAR akan disambung semula hari ini di jeti Maritim Malaysia bermula jam 7 pagi.

 ??  ?? ASMAN
ASMAN
 ??  ?? KARAM: Bot penambang yang berlanggar karam dalam kejadian itu.
KARAM: Bot penambang yang berlanggar karam dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia