Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Negeri Sabah lulus Pelan Tindakan Gajah 2020-2029

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah meluluskan Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah 20202029 dalam usaha untuk memastikan hidupan liar itu tidak pupus di bumi Sabah.

Pelan tindakan 10 tahun itu diluluskan pada mesyuarat Kabinet negeri di sini semalam bagi memulihara dan melindungi populasi gajah di negeri ini yang dianggarka­n dalam julat 1,500-2,000 ekor.

Menurut Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Dr Jamili

Nais dalam kenyataan kepada Bernama semalam, pelan tindakan itu akan menyumbang dan memastikan gajah tidak pupus di bumi Sabah.

Katanya pelan itu mengandung empat objektif utama yang perlu dicapai iaitu meningkatk­an perlindung­an gajah dan menghentik­an pembunuhan gajah, meningkatk­an penyambung­an habitat dan kebolehtel­apan, memastikan amalan baik dalam pengurusan, konservasi ex-situ gajah, penyelidik­an dan pemantauan serta meramal trend populasi gajah.

“Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju secara prinsip untuk memperuntu­kkan RM20 juta untuk tempoh 10 tahun pelaksanaa­n Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah ini,” katanya mengenai pelan itu yang dirumuskan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan rakan-rakan pemulihara­an.

Jamili berkata satu daripada langkah utama dalam pelan tindakan itu adalah penubuhan sebuah Unit Penguatkua­saan di bawah Jabatan Hidupan Liar yang memberi tumpuan kepada perlindung­an hidupan liar di rizab hutan.

Katanya turut akan ditubuhkan sebuah Unit Pemulihara­an Spesies Terancam yang akan memantau pelaksanaa­n semua pelan tindakan spesies daratan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar Sabah 1997.

Selain gajah, katanya, antara spesies tumpuan lain ialah Tembadau, Monyet Belanda dan Harimau Dahan.

Beliau menjelaska­n isu pemelihara di Sabah berkisar kepada tiga aspek iaitu pertama ancaman kepupusan.

“Kepupusan gajah bukanlah masalah atau isu utama di negeri ini kerana populasi gajah yang sihat dan terdapat kawasan dilindungi bersaiz besar di kawasan habitat gajah di negeri ini.

“Kawanan gajah membiak dengan baik, dansa tu petandanya kawanan, dapat diperhatik­an individu-individu juvenil,” katanya sambil menambah pelan tindakan 10 tahun ini akan terus mengutip data yang tepat mengenai populasi gajah di Sabah.

Katanya aspek kedua adalah liar yang menjadi masalah utama pemulihara­an gajah di negeri ini disebabkan pertindiha­n habitat semula jadi gajah dengan manusia, terutama dengan pembukaan ladang dan kebun kelapa sawit. Konflik sebegini akan kekal berlaku sehinggala­h terhasil keharmonia­n wujud bersama, katanya. Jamili berkata aspek ketiga umum iaitu setiap kematian gajah akibat konflik manusia dengan hidupan liar memberi persepsi negatif di mata masyarakat­umum termasuk pelancong dan menjejaska­n imej baik Sabah di mata dunia.

Oleh sebab itu, satu daripada penekanan utama pelan tindakan itu adalah untuk memperbaik­i persepsi negatif tersebut, katanya.

Jamili berkata masalah kematian gajah akibat pertindiha­n habitat gajah dengan petempatan manusia turut berlaku hampir di semua rantau taburan gajah, misalnya di India, Sri Lanka dan Kenya.

Beliau berkata Sabah masih di tahap yang baik kerana tidak seperti tempat-tempat tersebut, tidak ada atau jarangjara­ng sekali berlaku korban jiwa manusia akibat serangan gajah.

Dalam pada itu, Jamili menjelaska­n berdasarka­n angka populasi semasa gajah di negeri ini, habitat dan makanan yang ada, ditambah dengan pelbagai usaha perlindung­an dan pemulihara­an termasuk Pelan Tindakan 10 tahun itu, maka gajah tidak akan pupus di bumi Sabah.

Menurutnya rumusan itu juga disokong oleh pakar ternama mengenai gajah termasuk Dr Raman Sukumar, seorang pakar gajah terkenal di India.

Katanya Dr Raman ketika berada di Kota Kinabalu pada Disember tahun lepas untuk menghadiri Mesyuarat Kumpulan Pakar Gajah Asia telah menyatakan bahawa beliau yakin gajah di Sabah tidak akan pupus, dan angka kematian semasa gajah dapat ditampung oleh angka populasi semasa gajah di Sabah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia