Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kedatangan pelancong menurun

Kerajaan pandang serius masalah dihadapi pemain industri pelanconga­n: Mohamaddin

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya memandang serius kekangan yang terpaksa dihadapi pemain industri pelanconga­n berikutan penurunan jumlah pelancong ke negara ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pihaknya menjalanka­n beberapa siri perjumpaan dengan pihak berkenaan bagi mengenal pasti masalah para pemain industri dengan lebih terperinci.

Menurutnya, setakat ini lebih kurang 5,000 kumpulan pelancong membatalka­n tempahan ke Malaysia dan ia memberi impak kepada pendapatan pemain industri pelanconga­n.

“Pihak perhotelan turut mengalami penurunan jumlah penginapan hotel sehingga 30 peratus.

“Di samping itu, pembatalan bagi tempahan pelanconga­n dalam negeri (inbound) dan luar negara (outbound) turut mencatatka­n jumlah yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Persidanga­n dan Pameran Kembara Persatuan Pengembara­an Asia Pasifik (PATA ATCM) 2020 di sini semalam.

Mohamaddin berkata, kementeria­n memutuskan akan membantu menangani isu-isu dibangkitk­an oleh pemain industri yang terjejas akibat kurang jumlah pendapatan.

“Sekarang ini kita masih mengambil maklumat lanjut untuk menyediaka­n bantuan kepada mereka melalui pakej-pakej rangsangan dalam masa terdekat.

“Kita turut menjalanka­n sesi ‘townhall’ bersama pemain industri di beberapa negeri termasukla­h Sabah, Pulau Pinang, Johor, dan Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melihat penganjura­n PATA ATCM 2020 adalah satu platform terbaik untuk mengetenga­hkan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n dunia.

Menurutnya, seramai 368 peserta dari 33 negara bersama 45 pembeli, 65 penjual, 51 organisasi pelanconga­n, dan 12 pembentang terpilih terlibat sepanjang tiga hari persidanga­n berkenaan dijalankan.

Selain itu, seramai 36 wakil media luar negara turut hadir untuk membuat liputan sempena PATA ATCM 2020.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PATA Dr. Mario Hardy, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Noor Zari Hamat dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.

 ??  ?? RASMI: Simbolik perasmian dilancarka­n oleh Mohamaddin dengan memalu gong.
RASMI: Simbolik perasmian dilancarka­n oleh Mohamaddin dengan memalu gong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia