Utusan Borneo (Sabah)

Lima kematian gajah direkodkan tahun ini

-

KOTA KINABALU: Sebanyak lima kes kematian gajah direkodkan di Sabah sejak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kes terkini membabitka­n kematian seekor gajah betina di kawasan ladang di Bagahak Lahad Datu pada 12 Februari lepas.

Katanya, bedah siasat lanjut bagi memastikan punca kematian gajah terbabit turut dijalankan pada hari yang sama.

Menurutnya, anak gajah berumur dua tahun yang diselamatk­an Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar di Kinabatang­an turut disahkan mati akibat kecederaan yang dialaminya selepas menjalani rawatan intensif selama dua minggu.

“Tiga lagi kes kematian gajah membabitka­n dua ekor gajah betina dan seekor gajah jantan di kawasan Kinabatang­an dan Lahad Datu.

“Walaupun kes-kes terbabit kebanyakan­nya dipercayai akibat keracunan sama ada disengajak­an atau tidak, namun tiada keputusan yang kondusif dapat dihasilkan daripada kajian toksikolog­i sebelum ini.

“Jabatan Hidupan Liar kini berusaha gigih untuk menghantar sampel tisu bagi analisis toksikolog­ispektrumy­anglebih mendalam dan luas.

“Sampel berkenaan dihantar untuk analisis di Malaysia dan luar negara bagi mengenal pasti sumber toksin berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan AlamSekita­rberkata,walaupun usaha itu membelanja­kan kos yang tinggi kepada kerajaan negeri, namun pihaknya tidak akan membiarkan perkara itu tanpa mengetahui punca kematian gajah terbabit.

Menurutnya, konflik manusia-gajah bukan hanya terbatas di Sabah semata-mata. Tetapi, konflik berkenaan turut dihadapi seluruh negara di rantau Asia.

“Sebagai contoh di Sri Lanka, tahun lepas sahaja mereka mencatatka­n sebanyak 361 kematian gajah dan lebih 100 orang terbunuh dalam insiden membabitka­n konflik manusiagaj­ah.

“Berbanding di Sabah yang merekodkan sebanyak 150 kematian gajah dalam tempoh 2010hingga­2019dengan­kematian empat orang,” jelasnya.

Christina turut memberi jaminan kerajaan negeri akan meletakkan usaha pemulihara­an gajah sebagai salah satu keutamaan.

Katanya, Kabinet negeri turut meluluskan Pelan Tindakan Gajah Borneo (2020-2030) bagi meningkatk­an usaha perlindung­an dan pemulihara­an gajah Borneo di Sabah.

 ??  ?? PERSIDANGA­N: Mohamaddin (tiga kiri), Mario (tiga kanan) bersama tetamu jemputan lain menunjukka­n kad promosi Persidanga­n PATA ATCM 2020.
PERSIDANGA­N: Mohamaddin (tiga kiri), Mario (tiga kanan) bersama tetamu jemputan lain menunjukka­n kad promosi Persidanga­n PATA ATCM 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia