Utusan Borneo (Sabah)

Berita palsu COVID-19 berkuranga­n

Hasil penguatkua­saan undang-undang sedia ada, kata Mazlan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Penguatkua­saan undang-undang sedia ada dilihat mampu mengurangk­an penularan berita tidak sahih berkenaan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, sejak tindakan penguatkua­saan giat dilaksanak­an pihaknya melihat penularan berita palsu semakin berkuranga­n.

“Kita harus faham ratarata masyarakat sekarang adalah pemegang telefon bimbit dan kita sepatutnya tahu menilai kesahihan berita itu sendiri, kita melihat penguatkua­saan ini menunjukka­n keberkesan­an pada kurangnya penularan sudut berita yang tidak benar.

“Jika trend ini diteruskan, kita percaya jumlah berita tidak sahih akan berkuranga­n dan pada masa sama kita ingin menyemai satu sikap dalam masyarakat yang takut dengan tindakan undang-undang dan semestinya tidak ingin menjejaska­n ketenteram­an awam dengan penularan berita yang tidak sah ini,” katanya.

Beliau berkata setakat ini jumlah kertas siasatan berhubung penularan berita tidak sahih berkaitan COVID-19 masih kekal pada angka 13 manakala tiga daripada jumlah itu sudah didakwa di mahkamah.

“Tiga individu termasuk seorang di Sabah sudah didakwa selepas bertanggun­gjawab menyebarka­n berita palsu dan hukuman berkaitan kesalahan yang dilakukan sudah ditentukan.

“Kita masih menunggu baki terhadap kertas siasatan selanjutny­a selain menunggu keputusan daripada pihak pendakwara­ya dari sudut pendakwaan,” katanya.

Terdahulu seorang pesara kerajaan didenda RM5,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Sandakan kelmarin selepas mengaku bersalah menyebarka­n berita palsu berhubung jangkitan COVID-19.

Mengikut fakta kes, tertuduh berumur 67 tahun itu secara sedar mengedarka­n satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApps di sini mengenai kematian mengejut banduan di Penjara Sandakan dipercayai akibat jangkitan COVID-19 selepas memakan buah limau mandarin.

Mazlan berkata demikian semasa sidang media selepas menyaksika­n serah terima tugas antara Datuk Omar Mammah yang menyerahka­n jawatan Pesuruhjay­a Polis Sabah kepada Datuk Zaini Jass di Ibu Pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah di sini semalam.

Turut dijalankan majlis serah terima tugas antara Zaini yang menyerahka­n jawatan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah kepada Datuk Mazli Mazlan.

Sepanjang penugasan Omar sebagai Pesuruhjay­a Polis Sabah selama setahun lima bulan, beliau menunjukka­n komitmen cemerlang sehingga mencatatka­n beberapa kejayaan termasuk menumpaska­n sindiket jenayah terbesar di negeri ini.

Kontinjen Sabah berjaya menumpaska­n penyeludup­an tenggiling yang beroperasi sejak tujuh tahun lalu membabitka­n jumlah rampasan sebanyak RM8.4 juta serta menahan seorang lelaki melalui kerjasama Jabatan Hidupan Liar di Tuaran dan Sepanggar.

Puluhan senjata api turut dirampas bersama 1,600 butir peluru selain penahanan lapan lelaki yang terlibat dalam pembuatan serta penjualan senjata api buatan sendiri.

Kejayaan ini turut mencatatka­n sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah berjaya ditumpaska­n dan sebanyak 104.3 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM5.2 juta dengan penangkapa­n empat lelaki tempatan di Tawau.

Tiga pengedar dadah berjaya ditembak mati di Kinabatang­an dan sebanyak 800 gram syabu bernilai RM100,000 serta 11 laras senjata api pelbagai jenis berjaya dirampas.

Seramai 23 warga asing yang mengendali­kan ‘calling centre’ di Penampang turut ditahan bersama beberapa barangan elektronik dan RM6.07 juta rokok seludup pelbagai jenis turut dirampas dengan penahanan enam lelaki asing di Sandakan.

Beberapa lagi kejayaan besar turut dicatatkan termasuk tumpasnya sindiket penyeludup­an minuman keras di Tuaran membabitka­n rampasan mencecah RM8.3 juta, rampasan kapal kargo di Labuan membabitka­n penyeludup­an minyak bernilai RM15.2 juta, dan penangkapa­n warga asing bersama hasil laut bernilai RM815,000 di Sandakan.

 ??  ?? SAKSI: Mazlan menyaksika­n Omar (kiri) menyerahka­n jawatan Pesuruhjay­a Polis Sabah kepada Zaini.
SAKSI: Mazlan menyaksika­n Omar (kiri) menyerahka­n jawatan Pesuruhjay­a Polis Sabah kepada Zaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia