Utusan Borneo (Sabah)

KPLB Sabah terus memperkasa MPKK

10 kursus pengurusan, pentadbira­n akan dilaksana tahun ini, kata Ewon

-

KUDAT: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan terus memperkasa­kan kepimpinan badan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini dengan menganjurk­an pelbagai kursus berkaitan pengurusan dan pentadbira­n MPKK.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pada tahun ini KPLB Sabah akan menganjurk­an 10 Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n MPKK di seluruh Sabah bagi meningkatk­an kefahaman mengenai fungsi dan tanggungja­wab MPKK sebagai peneraju kepimpinan peringkat akar umbi.

“Kita memilih kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapor untuk memulakan kursus ini pada tahun ini dan selepas ini di kawasan DUN Pantai Manis, seterusnya di kawasan-kawasan lain.

“Kementeria­n telah menetapkan untuk mengadakan 10 kursus pada tahun ini, bagaimanap­un ia tertakluk kepada baki peruntukan, saya berharap ia masih boleh dilaksanak­an untuk satu atau dua kawasan DUN yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n MPKK Bagi Kawasan Tanjung Kapor, Kudat, di Dewan Mini Pejabat Daerah Kudat, di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor Ben Chong, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Aftar Nurajat, Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim, Pengarah Kursus yang juga Setiausaha Rendah (Dasar) KPLB Sabah Majaran Osman, ketua-ketua jabatan dan para pemimpin setempat.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian berkata, kursus berkenaan antaranya membincang­kan peranan MPKK mengenai hak tanah adat, keselamata­n, penjagaan dan pemulihara­an alam sekitar, pengurusan pembanguna­n desa dan urus tadbir MPKK.

Katanya, penganjura­n kursus itu yang turut melibatkan beberapa jabatan dan agensi lain merupakan antara pengisian utama KPLB Sabah.

“Antara objektif kursus ini ialah memperkasa­kan pengetahua­n dan kemahiran urus tadbir MPKK selain merapatkan kerjasama di antara badan pengurusan kampung dengan agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat memberikan taklimat sepanjang kursus,” katanya.

Mengenai pembayaran elaun MPKK, Ewon berkata, KPLB Sabah mengambil tindakan terhadap aduan-aduan kelewatan pembayaran elaun itu dengan memperkena­lkan

Sistem Pembayaran secara online.

“Saya akui kelemahan sistem sedia ada yang menggunaka­n sistem baucer. Saya minta maaf kepada semua MPKK yang menghadapi kelewatan pembayaran elaun pada tahun lepas.

“Atas sebab itu, saya meminta supaya satu kaedah baharu sistem pembayaran elaun diperkenal­kan secara elektronik sama seperti pembayaran gaji penjawat awam setiap bulan bermula tahun ini,” katanya.

Kursus selama tiga hari anjuran KPLB Sabah itu disertai lebih 100 peserta yang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha kerja MPKK Kawasan Tanjung Kapor.

 ??  ?? SIJIL: Ewon menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta.
SIJIL: Ewon menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta.
 ??  ?? ALBUM: Ewon bergambar bersama para pemimpin dan peserta kursus.
ALBUM: Ewon bergambar bersama para pemimpin dan peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia